Lepaskan isteri kedua dengan talak 3. Setelah sekian lama menyepi tak sangka ini respon mengejut dari Amar Asyraf.

PELAKON Amar Asyraf memberitahu kehidupannya berjalan seperti biasa meskipun terpalit dengan kontroversi melepaskan isteri keduanya dengan talak tiga baru-baru ini. Amar, 32, bagaimanapun berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana perlu menjaga hati banyak pihak.

“Sekarang saya okay sahaja dan menjalani kehidupan seperti biasa. “Sebolehnya saya tidak mahu ulas lanjut sebab takut menyinggung hati orang lain. Jadi saya pilih untuk tidak lagi bercakap hal peribadi,” katanya kepada mStar.

Amar Asyraf ditemui semasa tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Amar dan isteri kedua, Vivi.

Pada 28 Januari lalu, isteri keduanya iaitu Vivi Jeffry mendedahkan dia sudah dilepaskan talak tiga oleh suaminya secara bersemuka ‪pada 4 November‬ tahun lalu. Bagaimanapun Vivi berkata sehingga kini Amar masih berdiam diri dan enggan bekerjasama untuk menguruskan proses perpisahan mereka di mahkamah.

Sementara itu, Amar memberitahu segala tindakan yang dilakukannya sebelum ini diketahui isteri pertama, Arna Salleh. Malah, isterinya itu juga menasihati dia untuk tidak lagi bercerita mengenai kisah peribadi kepada umum. “Isteri saya sejak dulu okay dan dia lebih tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi.

Amar akui Arna mengetahui segalanya sejak dari awal lagi.

“Isteri minta saya jangan kongsi apa-apa cerita sebabnya apa sahaja kebaikan kita buat tetap orang kata kita salah. “Saya akui ada juga buat salah cuma saya rasa tak perlu nak ulas lanjut dan saya pun dah minta maaf dekat isteri, malah dia sendiri tahu apa yang saya buat sebelum ini,” ujarnya.

Amar mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian. Menerusi laporan mStar ‪pada 11 Oktober‬ tahun lalu, Vivi tampil membuka mulut dan mengaku mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu.

Vivi berkata dia terpaksa menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain menyedari statusnya sebagai isteri kedua. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "Lepaskan isteri kedua dengan talak 3. Setelah sekian lama menyepi tak sangka ini respon mengejut dari Amar Asyraf."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*