Hairan tiba tiba anak bagi hadiah sekali dengan surat minta maaf. Tak sangka ini respon mengejut dari Abby Abadi.

Pelakon Abby Abadi mended@hkan perangai aneh anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim, yang membuat permohonan maaf menerusi sepucuk surat yang diberikan kepadanya awal pagi tadi. Abby, 43, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya yang memaparkan sepotong video ketika anaknya ingin pergi ke sekolah.

“pvkul6.30 pagi tadi, masa anak-anak nak pergi sekolah. Nak cerita pasal Danish tapi semua masuk frame pula. “Syukur masih berkesempatan bersama yang tersayang. Abang Danish ni tiba-tiba je hari ni nak bagi hadiah kat kita dan nak minta maaf. Kita tanya maaf untuk apa? Tak adalah… saja… ye ke saja? Ke ada yang tersirat?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Abby turut berkongsi foto yang memaparkan surat yang ditulis dengan tangan yang diterimanya. “Assalamualaikum mama yang paling abang sayangi dunia akhirat. Maaf tau sebab tak belikan hadiah yang istimewa sebab ‘income’ belum masuk lagi..

“Abang nak minta ampun dan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dan abang sayang mama sangat-sangat tau,” tulis anak sulungnya. Berdasarkan entri tersebut, anak sulungnya itu memberikannya sekotak coklat. “Bagi hadiah siap dengan surat sekali (ikut perangai siapalah ni hehe) Ada muka depan je surat dia saya sertakan kat sini… sambungan belakang bahaya. Belum boleh cerita lagi

“Apapun Mama sayang semua anak-anak mama. Abah pun sama. Mama dan abah kerja keras sebab nk anak-anak cukup makan pakai semua. Jadi, pandai-pandai jaga diri sebaik mungkin kalau mama abah tak ada tau,” coret Abby. Perkongsian Abby itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang memuji sifat terpuji anaknya itu.

Abby berkahwin dengan Faizal pada 14 Ogos 2015. Sebelum itu, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim. Menerusi perkahwinan pertamanya, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Maria Danisha Hakim dan Marissa Dania Hakim. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Hairan tiba tiba anak bagi hadiah sekali dengan surat minta maaf. Tak sangka ini respon mengejut dari Abby Abadi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*