Terkejut pemergian Abam dan Ashraf Sinclair ada persamaan. Tak sangka persamaan mereka buat ramai warganet terkedu

PENYAMPAI radio dan pelakon, Aishah Sinclair, 39, dikatakan sudah tiba di konti stesen radio Mix FM pada jam 5.48 pagi untuk memulakan tugas sebelum mendapat berita abangnya, Ashraf, 41, yang telha pergi buat selamanya di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Aishah mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan bersama dua lagi penyampai iaitu Rod Monteiro dan Prem. Perkara itu dikongsikan Rod dan Prem dalam program berkenaan pagi, hari ini.

“Aishah tiba sebelum jam 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu,” katanya. Katanya, sebaik dimaklumkan, Aishah yang terkejut terus bergegas pulang sebelum mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibu dan bapanya.

Seperti pemergian Abam, Ashraf juga pergi buat selamanya ketika tidur

Difahamkan, Aishah dimaklumkan Ashraf telah pergi buat selamanya ketika sedang tidur. Ashraf telha tiada pada jam 4.51 pagi hari ini di h0spital MMC, Jakarta. Ashraf yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mula mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia sejak lebih 10 tahun lalu.

Abam juga pergi ketika tidur

Menurut adik Abam, Ali Puteh bahawa Abam pergi buat selamanya dalam tidur selepas waktu subuh isnin lepas. Abam pergi buat selamanya dalam keadaan sangat baik. “Saya dimaklumkan selepas subuh, Abam bangun sebelum membuat keputusan untuk tidur seketika.

“Namun tak sangka, tidurnya itu untuk selama lamanya,” kata Achey yang bergegas ke rumah Abam selepas mendapat berita itu. Akhir-akhir ni banyak dengar pemergian mengejut seperti sabda Rasulullah s.a.w. Mungkin siang tadi kita bergelak tawa dengan keluarga, sahabat handai, tetiba malam ni kita dah dijemput pulang.

Bekerjalah seolah-olah kita hidup 1000 tahun lagi. Beribadah seolah-olah kita akan pergi keesokkan harinya. InsyaAllah berjaya dunia akhi1rat. Al-Fatihah buat Ashraf Sinclair dan Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : duniadanakhirat/Slamber Media

Be the first to comment on "Terkejut pemergian Abam dan Ashraf Sinclair ada persamaan. Tak sangka persamaan mereka buat ramai warganet terkedu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*