Tamatkan zaman bujang khamis ni. Emma Maembong bongkarkan bakal bernikah dengan Mr S

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini. Difahamkan, majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat kedua belah keluarga saja.

Berdasarkan tarikh cantik 20022020, kemungkinan ia menjadi tarikh pernikahan mereka adalah benar. Namun, d@kwaan mengatakan bakal suami Emma adalah kerabat diraja adalah tidak benar. Sebaliknya, lelaki berusia 32 tahun itu bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan.

Menurut sumber, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Butiran lanjut mengenai pernikahan juga tidak dided@hkan bagi menghorm@ti permintaan keluarga Emma.

Sebelum ini, Emma pernah bercinta dengan pelawak, Zizan Razak dan pelakon, Kamal Adli. Malah, Emma juga digosip menjalin hubungan dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah. Emma juga mencetuskan kontroversi apabila membuka tudung tahun lalu.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan pengesahan daripada Emma berhubung perkara ini tidak berjaya apabila mesej WhatsApp dihantar tidak dibalas. Jika khabar ini betul, kami di Harian Metro ingin mengucapkan tahniah dan semoga perkahwinan kekal hingga ke Jannah. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Metro

Be the first to comment on "Tamatkan zaman bujang khamis ni. Emma Maembong bongkarkan bakal bernikah dengan Mr S"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*