Tak sangka ini keadaan ibu bapa Ashraf Sinclair saat sampai ke rumah ank mereka. Muka sungul dan tahan sebak.

Pemergian pelakon kacukan, Ashraf Sinclair disebabkan sakit jantung, nyata telah mengejutkan ramai, terutama sekali ahli keluarganya. Menerusi satu laporan media Indonesia, dimaklumkan bahawa keluarga Ashraf Sinclair telah tiba di ruma Duka di kawasan Pejaten Barat, Jakarta.

Difahamkan, keluarga Ashraf sampai dari Malaysia kira-kira jam 1.03 waktu tempatan. Berdasarkan foto yang dikongsikan, kelihatan wajah ayah dan ibu beliau kelihatan sugul sekali, seakan tidak percaya pemergian anak mereka. Dengan berpakaian serba putih, dapat diperhatikan ibu Ashraf tidak mampu mengawal perasaan dan hanya menundukkan kepalanya ketika memasuki kediaman Ashraf.

Meskipun begitu, ayah Ashraf masih cuba mengukir sedikit senyuman kepada pihak media, namun pihaknya masih belum bersedia untuk ditemubual. Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979. Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : CNN Indonesia

Be the first to comment on "Tak sangka ini keadaan ibu bapa Ashraf Sinclair saat sampai ke rumah ank mereka. Muka sungul dan tahan sebak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*