Sedih cucu hilang kasih sayang ayah. Azian Mazwan dedahkan dia perlu tabah untuk anaknya yang lain

Penyanyi popular era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan akui sedih apabila melihat keadaan cucunya yang membesar tanpa bapa. Anak keempat Azian, Mohamad Aqil Zulkarnain yang pergi pada 16 Disember tahun lalu tinggslkan seorang anak dan cucu.

“Anak saya bernikah pada tahun lalu namun kami belum sempat mengadakan sebarang majlis. Sepatutnya, mengikut perancangan, pada bulan ini, kami mahu mengadakan majlis resepsi untuk meraikan perkahwinan Aqil. “Tetapi, rencana Allah lebih hebat kerana dia sudah pulang ke rahmatullah terlebih dahulu. Sejujurnya, sehingga sekarang, saya sebak apabila terpandang wajah cucu.

“Setiap kali saya melihat wajah si kecil itu, terbit perasaan sayu mengenangkan dia akan membesar tanpa kehadiran seorang bapa,” kata Azian yang ditemui di majlis pelancaran busana Munawwareen 2020 baru-baru ini. Tambah pelantun lagu Rumah Kecil Tiang Seribu ini, dia masih terkenangkan pemergian anaknya.

Menurut Azian, pada awalnya dia sangat bersedih dengan pemergian anaknya tetapi dia menguatkan hati demi anak-anak yang lain. “Dua bulan telah berlalu, saya masih terkenang. Sesekali rindu itu datang… Untuk menghilangkan perasaan terbabit, saya melihat dan memeluk pakaian anak.

“Pemergian anak memang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Pada awalnya, saya akui sukar untuk saya menerima kenyataan anak kesayangan sudah pergi dijemput Ilahi. “Mula-mula, saya rasa sangat sedih tetapi saya teringat dengan pesan seorang ustaz, janganlah terlalu meratapi pemergian anak.

“Bermula dari detik itu, saya mencuba perlahan-lahan untuk menguatkan diri. Saya harus kuat demi enam anak-anak yang lain,” katanya lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Sedih cucu hilang kasih sayang ayah. Azian Mazwan dedahkan dia perlu tabah untuk anaknya yang lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*