Tempat Abam dalam teater diganti oleh Man. Akhirnya Ogy tampil buka mulut bongkar sebab ambik Man. Tak sangka rupanya ini sebabnya.

PEMERGI1AN Abam Bocey Isnin lalu ternyata mengejuvtkan seluruh produksi teater Korupsi Dewan Semandung. Kesedihan mereka sukar digambarkan. Apatah lagi, Abam yang juga pelakon teater itu turut hadir pada sidang media yang berlangsung pada 29 Januari lalu.

Bagaimanapun yang pergi takkan kembali dan mereka yang tinggal perlu reda dengan pemerg1ian Abam. Menyedari hakikat inilah, Fauziah Ahmad Daud selaku penerbit dan Khir Rahman sebagai pengarah segera bangkit melaksanakan perancangan yang sudah disusun sebelum ini.

Latihan terus dijalankan bermula kelmarin untuk teater yang akan dipentaskan selama tiga hari bermula 28 Februari ini. Bagaimanapun, Abam tetap dikenang sebagai sebahagian daripada pelakon teater ini apabila Fauziah atau Ogy mengadakan majlis tahlil buatnya sekali gus menjadikan suasana bilik latihan di Istana Budaya hening seketika.

Man Ganti Tempat Abam

Tidak terkecuali, pada majlis yang sama, Ogy dan Khir turut mengumumkan kekosongan yang ditinggalkan Abam akan diisi oleh pelawak Man dari kumpulan Puteh. “Saya mempunyai pandangan di mana mengapa dan kenapa watak ini tak perlu digantikan. Tetapi saya tak boleh pinggirkan pengarah saya dan penulis skrip teater ini.

“Wataknya memang penting dalam cerita ini. Untuk mencari pelakon yang boleh menggantikan tempat Abam memang svukar. Dia mempunyai kualiti tersendiri. Namun selepas perbincangan, kami buat keputusan mencari pengganti Abam,” katanya.

MAJLIS tahlil produksi teater Korupsi Dewan Semandung sempena pemergian Abam Bocey baru-baru ini. FOTO Rohanis Shukri Menurut Khir, mereka awalnya mempunyai tiga nama dan selepas proses perbincangan, Man menjadi pilihan.

“Man ada ciri-ciri yang kami kehendaki. Jalan cerita masih kekal tapi kena buat sikit perubahan dalam skrip agar lebih sesuai dalam sudut permainan Man. “Saya lihat Man mempunyai perubahan dalam kariernya. Bermula daripada Raja Lawak dan muncul juara, persembahannya terus meningkat sehingga muncul juara bersama Puteh pada Maharaja Lawak Mega 2019,” katanya.

Menurutnya, memandangkan masa untuk pementasan terlalu suntuk, dia mencadangkan kepada Ogy untuk memperkenalkan konsep ‘play device’ di mana membabitkan semua pelakon. “Kami ada sekumpulan pemain, tapi lakonan mereka bukan spontan kerana skrip disediakan. Konsep inilah sebenarnya yang buat Abam nak sangat berlakon teater ini.

“Sepatutnya latihan pertama dibuat Isnin lalu, tapi ditangguhkan akibat pemergian Abam,” katanya. Khir berkata, konsep ‘play device’ yang dirancang mencetuskan idea untuk watak berbangsa Cina yang dibawa Douglas Lim.

Kenapa Bukan Ali,adik Abam?

Sementara itu, Ogy pula mengakui dihujani cadangan pelbagai pihak supaya mengambil Ali, adik Abam bagi menggantikan tempat abangnya. “Perkara ini tak dapat dilakukan kerana kami ada kriteria sendiri dalam memilih pelakon,” katanya.

Pelakon lain yang bakal membintangi teater komedi seram terbitan Ogy Ventures & Network Sdn Bhd itu nanti ialah pelawak Vicha, Tauke, Mark Adam, Joey Daud, Azrul Chemat, Tapai dan Chiwan serta pelakon baharu, Hanna Halim.

Ibu Abam iaitu Sabariah Arshad sempat bercerita detik akhir Abam sebelum menghmbuskan nfas terakh1ir. ” Pagi tadi (Isnin) dia skit kepala, dia kata dia nak makan ubat tapi dia tak termakan pun ubat tu. Terus dia baring..baring-baring ‘habis’ terus.

” Mak (makcik) gerak dia , golek-golek dia tak mau bangun.. kenapa tak mau bangun kau bang..mak ni bang..bangun laa..kemudian doktor sampai dan beritahu dia dah ‘habis’. ” Memang dia sakiit, dia demam..pergilah hspital bang..ya nanti la mak nak pergi hspital la ni, jawab Abam.

” Lepas tu dia kata hari Sabtu tu dia nak masak-masak, nak makan-makan..dia nak makan gulai siput masak lemak sama dengan sambal sotong. ‘Abang nak masak sendiri mak’, kata Abam.. ” Sekali tak sempat nak masak pun, dia kata hari Sabtu dia kena puasa, kena makan ubat. Hari minggu kita masak yer mak, katanya..hari minggu pun dia tak larat jugak, sampai lah hari ni (Isnin).

” Dia pergi mngejut sungguh, takde cakap apa-apa. Dia cuma pesan jaga anak dia elok-elok itu jer..dia pesan dua hari sebelum dia pergi. ” Makcik…(mnangis), dialah harapan makcik, dialah penanggung makcik. Operation kaki makcik beribu-ribu habis, nak dekat puluh ribu kaki operation dialah yang tanggung..

” Dialah yang menanggung adik-adik dia semua..adik-adik susah yang tolong. Kebajikan dia buat memang banyak sangat”, akhiri ibu Abam sambil bercucuran air mata. Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment on "Tempat Abam dalam teater diganti oleh Man. Akhirnya Ogy tampil buka mulut bongkar sebab ambik Man. Tak sangka rupanya ini sebabnya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*