Syukur dapat jejak ke Tanah Suci dengan mummy. Mawar Rashid luah sesuatu di laman ig buat warganet sebak.

Pelakon Mawar Rashid mendedahkan niatnya semenjak zaman persekolahan untuk membawa ibunya menunaikan ibadah umrah bersama akhirnya tercapai. Kata Mawar, walaupun ibunya seorang mualaf, dia menyimpan keinginan untuk ke Tanah Suci sebanyak tujuh kali.

“Alhamdulillah syukur akhirnya dapat jejak di Tanah Suci dengan mummy Mawar (Abai). “Dari Mawar habis sekolah, duk pasang niat nak bawak Abai pergi. “Dan sekarang ni syukur we all dah sampai sini. Walaupun Abai mualaf, tapi Mawar sangat hormat dengan keinginan Abai.

“Abai dulu pasang niat nak jejak ke sini sekurang-kurangnya tujuh kali. “Dan kali ni ialah kali keempat. Alhamdulillah Allah jemput kami kali ni,” tulisnya di Instagram (IG).Dalam pada itu, pelakon drama bersiri TQ Captain itu akui ibunya adalah contoh terbaik untuk menjadikan dirinya lebih baik di masa depan.

“Abai, adik nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau adik ada terbuat salah dengan Abai. “Kalau adik ada terkasar, kalau adik ada buat Abai kecik hati.. “Abai memang the best mom, the best grandmother.

“Adik tak dapat balas jasa Abai terlalu besar. Adik hanya boleh berusaha sebaik-baiknya untuk bagi kesenangan kat Abai. “Adik tak nak terlambat sebab I love you so much. And Abai dah banyak guna tenaga Abai untuk anak-anak sampailah sekarang.

“Abai tolong jaga semua cucu-cucu Abai, termasuklah Rafael sampai skit pinggang Abai. “Abai memang satu dalam sejuta Abai. Abai baik dengan semua orang, selalu nak masakkan bagi orang, selalu nak tolong orang, pemurah, sangat lembut dengan orang, sangat rendah diri, sangat bijak, sangat rajin, sangat cekal.

“I wanna be like you. Tu pun tak tau mampu ke tak sebab tu adik selalu panggil Abai bidadari. “Sebab Abai terlampau baik dengan anak-anak, cucu, keluarga, dan semua orang! I love you so much Abai..Doakan bisnes @mawarose_hq berjaya Abai,” tulisnya lagi.

Selain Mawar dan ibu, suaminya, Raf Yaakob serta anak mereka, Raden Muhammad Rafael turut sama berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 11 Februari lalu untuk mengerjakan ibadah umrah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: gempak

Be the first to comment on "Syukur dapat jejak ke Tanah Suci dengan mummy. Mawar Rashid luah sesuatu di laman ig buat warganet sebak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*