Patutlah bebas gosip cinta lokasi rupanya ini tips Ungku Ismail untuk hindari gosip cinta.

Pelakon Ungku Ismail ternyata mempunyai ‘tips’ tersendiri untuk mengelak dari sebarang gosip cinta atau kontroversi. “Tidak dinafikan, apabila berlakon bersama, memang ada segelintir peminat yang suka dan berharap ia berpanjangan hingga di luar kamera.

Untuk memastikan perkara itu tidak berlaku, saya cuba elakkan daripada memuat naik perkongsian yang boleh mencetuskan gosip percintaan. “Sekalipun saya berkongsi, itu hanya untuk mempromosikan drama lakonan kami,” katanya yang dipetik dari BH Online.

Selain itu, Ungku Ismail berterus terang mengakui, dia tidak mengikuti akaun Instagram (IG) Mira mahupun rakan selebriti lain. Beliau turut akui tidak terlalu rapat dengan rakan-rakan di kalangan selebriti malah lebih ramai kawan rapat di kalangan orang biasa.

“Apabila Mira mengumumkan, dia sedang mengenali seseorang, nama saya tidak terkait memandangkan kami tidak pernah digosipkan bercinta,” katanya lagi. Memang menjadi tips Ungku Ismail ini. Perkara baik macam ini patut menjadi contoh pada artis lain sebab yang kita nak tonjolkan ialah bakat bukan cerita sensasi.

Sumber:Cari

Be the first to comment on "Patutlah bebas gosip cinta lokasi rupanya ini tips Ungku Ismail untuk hindari gosip cinta."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*