Ben Amir muat nak foto dengan rambut baru. Tak sangka ini respon mengejut dari Mira Filzah.

Bagi anda yang pernah menonton drama bersiri Sweet Dreams sudah pasti sinonim dengan dua pendukung utamanya, Ben Amir dan Mira Filzah. Menariknya baru-baru ini, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin ada berkongsi foto dirinya dengan stail rambut pendek di Instagram. “New hair, who dis?,” tulisnya.

 Dalam pada itu, rakan pelakon Mira Filzah turut memberi reaksi terhadap perkongsian Ben tersebut. “Aaahhhh for real?!,” respon Mira.

Lalu, pelakon berusia 29 tahun itu menjelaskan dia sebenarnya hanya mengenakan rambut palsu dalam foto berkenaan. “@mfmirafilzah Wig lah,” balas Ben. Selain itu, rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut apabila melihat pelakon tampan itu berambut pendek.

Tak kisahlah berambut panjang atau pendek, Ben tetap kelihatan kacak. Betul tak? Foto: Instagram Ben Amir. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Ben Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir bin Sabaruddin. Popular sebagai Ben Amir. Lahir di Kuala Lumpur, Malaysia pada 13 Mei 1990. Merupakan Anak keempat daripada lima beradik. Bekas penuntut UiTM Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.

Lakonan dan bidang peragaan menjadi punca rezekinya dalam dunia hiburan. Aktif sebagai anak seni sejak tahun 2013. Mencipta nama menerusi pertandingan Hero Remaja 2011/2012 sebagai finalis di sisi aktor Fattah Amin yang dinobatkan juara, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry dan Saharul Ridzwan

Dikatakan mempunyai wajah seiras Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu ahli politik dan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Pernah dilaporkan berhubungan cinta dengan pelakon Uqasha Senrose. Menerusi kemunculan di layar perak, beliau pernah membintangi filem Romeo Kota arahan Datuk Aaron Aziz, memegang peranan sebagai Amir.

Be the first to comment on "Ben Amir muat nak foto dengan rambut baru. Tak sangka ini respon mengejut dari Mira Filzah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*