Ini yang telah berlaku kepada Awal Ashaari sebelum Ajl 34 berlangsung. Awal ucap terima kasih kepada Datin Marliah dan Datuk M.Nasir.

Pelakon dan pengacara Awal Ashari bimbang tentang keadaan dengan kondisi dirinya yang berdepan dengan dugaan hilang suara menjelang Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) malam ini. Awal berkongsi perkara tersebut menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagramnya malam tadi. “Harap sangat dapat balik suara bila bangun nanti. Sepatutnya kena rehat sepanjang malam tapi sesi latihan habis jam 1.30 pagi.

“Tak pernah saya rasa tak berguna sewaktu melakukan sesuatu yang saya suka. Tetapi sewaktu latihan tadi sangat… “Tak boleh boleh nak bayangkan saya tak kasi seratus peratus usaha kepada Sherry dan Haziq. Harapnya malam ini segalanya akan jadi lebih baik. Insha-Allah,” tulisnya. Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, Awal menyatakan suaranya semakin baik selepas mendapatkan rawatan doktor.

“Suara macam dah ada sikit, masih batuk. Terima kasih kepada Datin Marliah dan Datuk M.Nasir sebab arrange kan personal doktor untuk memperbaiki suara saya, jadi harap-harap hari ini akan jadi lebih baik,” ujarnya menerusi Insta Story hari ini. Terdahulu, Awal Ashaari merupakan hos AJL34 dan program tersebut akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil malam ini.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Ini yang telah berlaku kepada Awal Ashaari sebelum Ajl 34 berlangsung. Awal ucap terima kasih kepada Datin Marliah dan Datuk M.Nasir."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*