Jangan tunjuk pandai. Tolanglah stop post pasal Abam dan move on. Warganet tegur Achey jgn sampai Abam tak tenang kat sana

Datuk Hattan, 56, pula mencadangkan Abam Bocey dijadikan ikon untuk golongan remaja serta masyarakat. Hattan berkata, cadangan itu difikirkan selepas melihat perkara positif dilakukan Abam ketika hayatnya. “Benar Abam sudah tiada, tapi tak salah jika kita angkat dia sebagai ikon kerana tak banyak artis yang sehebatnya.

Bayangkan, budak sekolah berusia 10 tahun boleh menangis teresak-esak apabila mendapat berita dia telah pergi buat selamanya. “Abam sangat merendah diri dan tak banyak cakap, tapi dia tunjukkan teladan yang baik kepada kita semua. Ambil contoh, seorang wanita bersama anaknya sanggup datang menziarahi rumah baru Abam walaupun sudah jam 8 malam kerana mengenangkan budi Abam yang tampung persekolahan anaknya,” katanya.

Baru empat hari pemergian Abam , masih terlalu awal bagi Achey untuk terus lupa atau ‘move on’ dari kesedihan. Achey memuat naik gambar bersama Fad dan Abam di laman IG miliknya dan meminta agar para pengikutnya untuk mendoakan Abam di hari Jumaat yang mulia ini. Salam jumaat… Jom semua doakan dan sedekah apa yang patut untuk Abam..

Hentikan dari memuat naik tentang Abam

Namun perkongsian yang dimuat naik oleh Achey mengenai Abam bagaimanapun mendapat teguran dari warganet. Mereka menegur Achey supaya hentikan dari memuat naik tentang Abam dan belajar untuk terima dan redha atas pemergian Abam. Bro @acheykintangkintung @fadbocey saya rasa dah cukup dah rasanya post gambar abam… Biarlah dia tenang bro… Bukan ape bro… Kesian kat Abam…

Saya pon sedih sbb dia dah takde… Lagi satu saya ade jugak merasa kehiIangan atas pemergian keluarga saya… Saya juga mcm bro… Sedih… Pernah post macam-macam… Tapi saya rasa kesian kat Abam so saya stop post pasal arw4h… Bukan tunjuk pandai bro.. just bagi pandangan dan nasihat… Bukan utk bro je tapi untuk semua termasuk saya sendiri… Semoga abam tenang dan ditempatkan di tempat yg mulia… Aminnn…

Kesian Abam… bagi la Abam tenang disana… redha kan pemergiannye… yg hidup pasti pergi… aku dah merasa kehiIangan aku tahu perasaan kau org… Bukan mudah untuk teruskan kehidupan tanpa insan yang kita sayang. Bagi kami, Achey redha cuma dia rindukan Abam. Kita doakan semoga Achey dan yang lain untuk terus kuat. Mereka bukan baru kenal setahun dua malah sudah lama. Sama-sama naik dalam industri dari tidak dikenali sehingga berjaya membawa nama sebagai seorang pelawak yang dikenali ramai.

Tak perlu suruh stop…. Tak salah kite ajak org ramai mendoakan tiap hari pun tak ape… Sekaligus kite boleh sedekahkan al fatihah untuk yg lain juga…perjalanan hidup kite tak sama..masing-masing diuji dengan rasa yang berlainan jangan pernah kata AKU FAHAM hakikatnya berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tak post langsungkan kata tak sedih pulak.. Alhmdulillah masih ada sahabat macam ni..bukan niat diowg untuk tayang kesedihan, hanya melepas rindu..banyak sangat kenangan kenangan mereka bersama..warganet ni biasa la..tak post ckp dah lupa kawan tak sampai sekejap…post selalu plak kata lain lagi…bertabah la…alfatihah untk Abam…

@nisnblaa @acheykintangkintung bila kita kehilangan ahli keluarga,sahabat atau sesiapa sahaja yg kita syg, mmg akan ambil masa utk terima segala perubahan.. insyaAllah semuanya akan baik.. rindu itu tak akan pernah padam selama lamanya, cuma makin lama kita akan berjaya pujuk hati utk terima kehilangan tu.. kurang kurang pun 4 5 bulan.. semoga tabah ye semua ahli keluarga dan sahabat Abam.. al-fatihah utk abam.

Rileks la jangan la cakap gitu kat abang achey kite nk move on memang susah tapi cube kau bayangkn macam mane dieorang nak tangani keluarge abam dan lain-lain prasaan dieorang tu sape nak jage rileks bagi dieorang mase jangan cakap gitu.

“Kalau aku dah takde nanti tolong uruskan aku,” Achey imbas gurauan Abam yang menjadi kenyataan

Salah seorang anggota kumpulan Bocey, Achey mended@hkan rakan baiknya, Abam pernah bergurau mahukan dia uruskannya apabila dia telah pergi buat selamanya. Gurauan itu dibuat Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan di ruangan komen Instagram milik Achey yang memuatnaik status ucapan hari ulangtahun kelahiran rakan baiknya itu sebelum ini.

Namun, Achey tidak sangka akhirnya gurauan berkenaan menjadi kenyataan. “Telah aku tunaikan bamm… walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan,” kata Achey di statusnya di laman sosial Instagram. Status yang dimuatnaik Achey itu turut mendapat lebih 140,000 tanda suka (like) dalam hanya dua jam.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

SUMBER – halmembaca

Be the first to comment on "Jangan tunjuk pandai. Tolanglah stop post pasal Abam dan move on. Warganet tegur Achey jgn sampai Abam tak tenang kat sana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*