Tak sangka isteri abam bongkarkan keadaan ank waktu malam mencari ayahnya Abam

“Anak macam tertanya-tanya mana pergi bapanya, kepada saya,” demikian menurut isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam yang telah pergi buat selamanya, Isnin lalu. Siti Nurhidayah Mohd Ali berkata, situasi itu membuatkan dirinya sebak kerana Abam memang rapat dengan anak tunggalnya itu.

“Selalu bila malam, anak kami akan kacau Abam dan tepuk belakang Abam. Sebelum tidur dia akan kacau Abam, dah berapa malam anak kami mencari mana Abam. “Dia tepuk-tepuk saya macam tahu ayah dia sudah tiada. Setiap malam akan jadi macam itu selepas Abam pergi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, hari ini.

Menceritakan hal itu, Nurhidayah berkata, anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey akan sentiasa memanjat perut Abam setiap malam sebelum tidur. Malah memasuki hari kedua ketiadaan Abam, Syed Uthman Hamzah yang kini lapan bulan lebih banyak diam dan sesekali menangis.

“Sejak Abam tak ada ni, anak kami masih sihat. Alhamdulilah, dan tidak banyak meragam,” jelas Nurhidayah. Ditanya samada terdapat perubahan drastik sebelum Abam pergi selamanya, Nurhidayah berkata, suaminya ada menyatakan hasrat untuk menikm@ti asam pedas dan cendol.

Jadi mereka sekeluarga pergi ke Melaka bagi memenuhi permintaan Abam pada Khamis lalu. “Sebelum Abam pergi buat selamanya, Khamis tu dia cakap teringin sangat nak makan asam pedas. Lepas itu dia ajak saya pergi Melaka dan makan asam pedas.

“Yang pertama itu tidak ikut selera dia, lepas itu petang kami makan lagi. Siap cakap ini baru puas makan asam pedas. “Malam Khamis itu dia nak makan cendol durian, dia seorang yang makan. Hari Jumaat dia cakap nak demam,” katanya lagi. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Tak sangka isteri abam bongkarkan keadaan ank waktu malam mencari ayahnya Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*