Riak dan menunjuk nunjuk. Mila Jirin dikritik apabila muatnaik dah ada 10 buah rumah sebagai asetnya

Berkat usaha dan rezeki yang tidak putus dalam perniagaan, penyanyi Mila Jirin berkongsi rasa gembiranya memiliki aset ke-10 di Johor Bahru. Mila turut meluahkan rasa syukurnya berkongsi sama foto di hadapan banglo mewahnya itu bersama suami, A.Ailis Mustapha.

“Alhamdulillah dah ada rumah di Johor Bahru. Aset kami yang ke-10 di JB insya-Allah. “Lepas ni 4 hari Puchong, 3 hari di JB lah ye encik suami. Tak pun kita main osom-osom yer. “Lepas ni nak ke pejabat di JB boleh naik basikal saja,” tulis Mila di Instagram.

Bagaimanapun, ada segelintir warganet yang tidak berpuas hati dengan perkongsian Mila itu dan menvduh penyanyi lagu Persis Mutiara itu sengaja menunjuk-nunjuk. “Memang bagus berjaya banyak duit tapi kena peka terhadap tanggungjawab kemasyarakatan juga. Rumah ke 10? 

“Lagipun Islam melarang umatnya berlebihan. Tiada apa nak dibanggakan sebenarnya bila tamak sampai ada 10 rumah sedangkan ramai disekeliling anda satu rumah pun tiada malah yang duduk bawah jambatan pun masih ada,” tulis pemilik akaun @nisawhitby.

Namun, ramai yang masih menjadikan Mila sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Hingga ada yang menyifatkan penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu sebagai ‘supermila’.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "Riak dan menunjuk nunjuk. Mila Jirin dikritik apabila muatnaik dah ada 10 buah rumah sebagai asetnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*