Nora jelaskan punca pemergian anknya. Harini genap 2 bulan Alif Johan pergi buat selamanya

Penyanyi Nora Ariffin akur dengan pemergian anak keduanya, Alif Johan dua bulan lalu. Kata Nora, tidak perlu menyalahkan sesiapa atau mencari pvnca kehilangan anaknya itu. “Hari ini genap 2 bulan anakanda Alif Johan pulang ke Rahmatullah. “Memang benar… Pemergian seseorang, rezeki dan jodoh adalah rahsia Allah.

“Kita kena akur dan tak perlu menyalahkan sesiapa atau mencari asbab sesuatu ketentuan. “Cuba kita renung & lihat kejadian hari ni. Macam-macam berlaku. “Kita manusia banyak kekurangan & tidak sempurna….penuh dengan d0sa. Sama ada yang kita sedar atau tidak. Sama-sama muhasabah diri,” tulis Nora.

Peminat penyanyi lagu Renungan Terakhir itu memuji ketabahan Nora dan memberikan kata-kata semangat agar terus kuat. Alif telah pergi buat selamanya pada 14 Disember 2019 secara mengejut di kediaman keluarganya di Kuala Lumpur selepas menghantar Nora ke lapangan terbang untuk ke Singapura.

Alif adalah anak kedua daripada empat bersaudara hasil perkahwinan Nora dengan Johan Nawawi. Komposer terbabit men1nggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Nora jelaskan punca pemergian anknya. Harini genap 2 bulan Alif Johan pergi buat selamanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*