Hampir seminggu Abam pergi buat selamanya tak sangka Ali Puteh bongkarkan sesuatu ttg Abam

Pemergian Abam atau nama betulnya Syed Umar Mokhtar sudah pun hampir seminggu. Namun, namanya masih mewangi dibibir setiap lapis masyarakat sehingga ada sahaja cerita baik tentangnya terbongkar. Hari ini, pihak Malaysia Gazette telah berpeluang menziarahi kediaman Abam dan bertemu sendiri adiknya, Syed Ali Mubarak dan isteri Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Temu bual bersama adik serta isteri Abam

Menerusi temu bual tersebut, ternyata air mata penonton tidak akan dapat ditahan apabila Ali menceritakan bagaimana kehidupan abangnya yang ternyata luar biasa. Melakukan kebaikkan tanpa ingin diketahui umum, Ali terlihat begitu tenang membocorkan satu demi satu rahsia Abam.

Tanggung anak yatim & biaya ustaz berd@kwah

Menurutnya, Abam sebenarnya menanggung anak-anak yatim dan tahfiz di beberapa lokasi dari segi keperluan dan juga kewangan. Dia juga seorang yang begitu pemurah kerana menanggung perjalanan d@kwah seorang ustaz dikenali sebagai Ustaz Anas dari Pahang  bagi menyampaikan ilmu agama keliling negeri. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pend@kwah terkenal iaitu PU Azman melalui panggilan telefon kepada Ali dalam nada yang cukup sebak.

Tidak berkira langsung dengan rezeki

Tambah Ali lagi, sikap Abam ini sememangnya begitu hebat kerana langsung tidak berkira lagi-lagi dari segi rezeki. Dia akan membelanja sesiapa sahaja tidak kira rakan ataupun orang awam. Jadi, menurutnya, Abam sentiasa akan bawa wang tunai dalam jumlah yang agak besar bagi memudahkannya bersedekah.

Dikelilingi oleh orang2 hebat & umat Islam

Ali juga sempat menyebut bahawa semasa Abam dalam proses diuruskan, ribuan manusia telah berhimpun di masjid bagi menyembahyangkan Abam. Apa yang membuatkan dia berasa terharu adalah para pend@kwah terkenal, imam-imam, anak-anak yatim dan tahfiz, sahabat handai, keluarga serta orang awam yang tidak dikenali berpusu-pusu ingin memberikan penghormatan terakhir buat abangnya.

Diakhir temu bual tersebut Ali juga ada menyentuh isu bdh siasar berkaitan Abam dan jawapannya adalah pihak mereka tidak melakukan sebarang bdh siasat . Hanya bahagian h0spital Selayang mengambil sedikit cairan merah dan juga tisu badannya sebagai rujukan mengetahui punca sebenar pemergiannya.

Be the first to comment on "Hampir seminggu Abam pergi buat selamanya tak sangka Ali Puteh bongkarkan sesuatu ttg Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*