Alieff Irfan telah sah bergelar suami. Dulu pernah terkenal dgn isu video Cikgu Suraya

Sebelum ini, pernah tular di media sosial terutamanya di YouTube apabila cerpen Cikgu Suraya divisualkan oleh seorang YouTuber terkenal Alieff Irfan sehingga mendapat kritikan umum. Bukan itu sahaja, penampilan istimewa pengacara dan juga pelakon terkenal, Jasmine Suraya Chin turut mengundang kontroversi.

Akur dengan kritikan penonton, YouTuber berasal daripada Kelantan itu telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua. Selepas isu tersebut reda, Alieff Irfan dilihat lebih berhati-hati dengan isi kandungan cerita video yang dimuat naik di YouTubenya yang mempunyai 2.32M subscribers. 

Semalam, pemuda berasal daripada Kelantan itu telah sah bergelar suami kepada seorang Instafamous terkenal yang menggunakan nama bellestrelle di akaun Instgramnya. Pernikahan yang berlangsung di Segamat, Johor itu diadakan dalam suasana meriah dengan dihadiri sahabat-handai dan juga ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Lengkap sedondon menggayakan busana Melayu Johor Klasik, kedua-dua mempelai terlihat manis dan secocok diatas pelamin selepas majlis nikah berlangsung. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: oh media

Be the first to comment on "Alieff Irfan telah sah bergelar suami. Dulu pernah terkenal dgn isu video Cikgu Suraya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*