Terkejut susunan Achey macam ada makna. Sakit bila pergi sikasih sangat bermakna buat Achey

Kehilangan sahabat sejati Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey memang sangat dirasai oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir bin Hamzah dan Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Nizam.

Keakraban mereka melalui gabungan Kumpulan Bocey sememangnya tidak dapat disangkal. Pemergian Abam pada hari Isnin lalu memberikan kesan yang sangat besar bukan sahaja kepada ahli keluarga dan sahabat handai, tetapi juga kepada mereka berdua, apatah lagi ketika itu Fad berada di luar negara.

Sebagai peminat setia yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka, media sosial mereka dipenuhi dengan cerita keakraban di antara satu sama lain. Malah sambutan hari lahir Fad pada 13 Februari juga disambut di rumah Abam selepas tamat majlis tahlil yang diadakan.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa ketiga-tiga mereka iaitu Achey, Fad dan Abam masing-masing mempunyai single tersendiri. Dalam satu entri di Instagram milik Achey, dia menyusun cantik tajuk lagu single nyanyian setiap daripada mereka. “Alhamdulillah, cantik susunan bila aku buka YouTube,” tulis Achey.

Single Achey yang bertajuk ‘s@kit’, single Fad yang bertajuk ‘Bila Pergi’ dan single Abam yang bertajuk ‘Sikasih’ digabungkan Achey menjadi ‘s@kit Bila Pergi Sikasih’ walaupun hanya kebetulan, tetapi membayangkan perasaan mereka ketika ini yang kehilangan Abam.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Syed Umar Mokhtar dan semoga Allahyarham di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Terkejut susunan Achey macam ada makna. Sakit bila pergi sikasih sangat bermakna buat Achey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*