Tak sangka lepas kehilangan Abam Allah ganti yang lain. Isteri Ali Puteh di sahkan hamil 6 minggu.

{"effects_tried":0,"photos_added":0,"origin":"unknown","total_effects_actions":0,"remix_data":[],"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"source_sid":"8FC233D7-7773-488A-BA31-31BBC5BC7D9E_1581638716842","total_editor_time":0,"total_draw_time":0,"effects_applied":0,"uid":"8FC233D7-7773-488A-BA31-31BBC5BC7D9E_1581638694724","total_effects_time":0,"brushes_used":0,"height":2151,"layers_used":0,"width":4096,"subsource":"done_button"}

Dalam kedukaan terselit kegembiraan, hanya itu yang mampu diungkap pelawak dari kumpulan Puteh Ali, yang juga adik kepada Abam yang telah pergi buat selamanya.

Ali berkata, dia tidak menyangka isterinya Melati Fitri Abdullah kini sedang hamil enam minggu. “Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…

Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga. “Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.

“Cuma, kalau Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya sebak. Ditanya mengenai kandungan isterinya, Ali memberitahu pemeriksaan berkala akan dilakukan mengikut prosedur seperti biasa.

“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain. “Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung tidak sempurna).

“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. Ali pada 26 November tahun lalu, kehilangan puteri keduanya,

Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan pergi buat selamanya kerana jantung tidak sempurna dan mengalami masalah injap jantung terbalik.

Ainul pergi buat selamanya selepas 17 hari dirawat di h0spital dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 3 bulan. Selain Ainul, hasil perkongsian hidup bersama isterinya Ali mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Foto: Azrul Rafie & Instagram Ali Puteh

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Tak sangka lepas kehilangan Abam Allah ganti yang lain. Isteri Ali Puteh di sahkan hamil 6 minggu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*