Tak sangka Fad dedahkan dia kecik hati dgn Abam sejak hari jadi Abam. Luahan hati Fad buat semua menangis

PEMERGIAN pelawak Abam Bocey pada Isnin lalu cukup memberi kesan kepada dua lagi ahli kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey. Fad menerusi Instagram memberitahu sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada Khamis berbeza tanpa pelukan Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Pemilik nama Muhammad Fadzlie Mohd Nizam ini turut meluahkan rasa rindu terhadap Abam yang sentiasa mengingati tarikh lahirnya. “Alhamdulillah, bertambah setahun usiaku tapi ulang tahun kali ini terlalu lain untuk aku Bam. Aku sambut kat rumah kau tanpa ada kelibat kau.

“Aku sambut tanpa ada ucapan dan pelukan daripada kau. Aku kecil hati dengan kau sebab birthday kau, aku wish tau… tapi kau tak wish birthday aku ya. “Sebab setiap tahun kau tak pernah miss ingat tarikh lahir aku. Kau pergi pun dekat dengan hari lahir aku. Sumpah aku tak kuat,” ujarnya.

Fad turut memuat naik video rakan-rakan dan adik kepada Abam, Ali Puteh membuat kejutan hari lahirnya di rumah Abam ketika selesai majlis tahlil pada Khamis malam. Abam pergi buat selamanya pada pagi Isnin selepas dua hari mengalami demam panas.

Pemergian mengejut pelawak terkenal itu memberi tamparan kepada keluarga, adiknya yang juga pelawak Ali Puteh dan dua lagi anggota Bocey. Sebelum ini, Fad meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat menziarahi pengebumian Abam kerana sedang bercuti di Jepun.

Dalam pada itu, Fad mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Syaheera Rahman yang sentiasa berada di sisi bagi memberikan sokongan moral. “Terima kasih isteri tercinta @syaheeraarahman, terus kuat di belakang daddy. Tegur saya kalau saya down… I love you so much.

“Untuk adik-beradik aku @acheykintangkintung dan @aliputeh89, aku sayang korang. Jangan pernah tinggalkan aku ya. “Untuk sahabat-sahabat yang hebat terima kasih untuk kenangan indah ini… terima kasih untuk anda semua yang sentiasa mendoakan saya juga.

“Saya doakan yang baik-baik juga untuk kamu semua. Saya mohon hadiah hari jadi saya, tolong hadiahkan Al-Fatihah dan doa buat sahabat saya Syed Umar Mokhtar atau Abam,” katanya.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Tak sangka Fad dedahkan dia kecik hati dgn Abam sejak hari jadi Abam. Luahan hati Fad buat semua menangis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*