Suami kenakan isterinya konon nak bagi madu. Tak sangka isteri nangis sampai basah tudung

Seorang lelaki bertindak untuk melakukan ‘prank’ terhadap isterinya yang menyatakan hasrat ingin menambah satu lagi ‘cawangan’ dalam rumah tangga mereka. Lelaki tersebut, Shafiran Azran merakam video secara tersembunyi di dalam kereta sebelum memulakan sesi luahan hati dengan isterinya Farah Izwanie.

Youtuber tersebut, Shafiran Azran merakam video secara sembunyi-sembunyi di dalam kereta sebelum memulakan sesi luahan hati dengan isterinya Farah Izwanie. Menerusi perbualan, Shafiran yang juga merupakan Youtuber mengatakan kononnya terdapat seorang wanita mengajak dia berkahwin setelah berkenalan melalui aplikasi WhatsApp.

Menerusi perbualan, Shafiran memberitahu isterinya konon dia mengenali seorang wanita di aplikasi Whatsapp dan wanita itu mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga. “Prank Farah. AZ nak nikah lain tengok sampai habis, Agak-agak Farah terima ke tak?,” tulis kapsyen posting video tersebut.

Setelah mengetahui perkara berkenaan, Farah kelihatan mengalir air mata dan tidak mampu berkata-kata malah hanya mengikut sahaja hasrat suami sekiranya lelaki itu mahu berkahwin lagi. Namun tidak lama selepas itu, Shafiran memberitahu bahawa keinginan untuk ‘memasang dua’ itu hanya gurauan sambil memujuk isterinya yang kelihatan masih muram.

Video berdurasi enam minit itu meraih 2,000 perkongsian dan 5,600 tanda suka serta pelbagai reaksi warganet terutama kaum wanita. Rata-rata mereka berasa kasihan melihat Farah yang terpaksa kecewa seketika selain menyifatkan soal hati dan perkahwinan adalah perkara sensitif untuk dijadikan bahan gurauan.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Shafiran Azran Production

Be the first to comment on "Suami kenakan isterinya konon nak bagi madu. Tak sangka isteri nangis sampai basah tudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*