Hebat cakkak omputeh tapi tak tinggal slang tganu. Pelumba basikal ini dipuji tak lupa daratan

Setiap negeri mempunyai dialek percakapan yang tersendiri, sehingga ia seolah menjadi identiti dan sebati dalam diri seseorang. Dialek negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah antara dialek negeri yang mudah dikenalpasti apabila seseorang itu bercakap.

Sejak semalam, video temu bual pelumba basikal negeri Terengganu telah tular selepas dia menjawab soalan daripada pihak wartawan berkaitan perlumbaan tersebut dalam bahasa Inggeris walaupun menggunakan loghat pekat Terengganu. “Level konpideng die cakak tu tinggi. Salute Harris! Teranu ori boh!

Muat naik video ini telah mula tular di laman sosial dengan rata-rata mereka memuji keyakinan yang dimiliki pelumba basikal ini yang mewakili Malaysia dalam pelumbaan di Le’ Tour De’ Langkawi. Pelumba basikal yang dikenali sebagai Mohd Hariff Salleh, merupakan pelumba kebangsaan yang mewakili pasukan Terengganu.

Walaupun menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut dengan dialek Terengganu-Inggeris, namun setiap jawapan yang diberikan oleh Hariff Salleh adalah tepat. Keyakinan dan kebanggaan menuturkan bahasa Inggeris dalam bunyi dialek Terengganu telah dipuji ramai pengguna laman sosial.

Rata-rata berasa terhibur dengan telatah Hariff yang ‘main redah je’ walaupun apa yang dituturkan adalah tepat dan meyakinkan. Sebelum ini, Hariff Saleh pernah tular apabila bertutur dalam bahasa Inggeris-Terengganu juga pada tahun lepas semasa ditemu ramah oleh media luar. Bukan sahaja ramai yang terhibur, mereka turut memuji keyakinan Hariff yang boleh menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan tepat.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : my_tehoais

Be the first to comment on "Hebat cakkak omputeh tapi tak tinggal slang tganu. Pelumba basikal ini dipuji tak lupa daratan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*