Dah jumpa pengganti Abam. Khir dengan Ogy Ahmad Daud dah sepakat untuk pilih pengganti Abam

Kesungguhannya mempertaruhkan bakat dimiliki juga meletakkan Abam sebaris dengan pelakon dan pelawak popular tanah air.Walaupun berbadan besar, tetapi itulah kelebihan Abam yang membantunya muncul sebagai pelawak popular. Gelagatnya yang bersahaja dan menghiburkan menjadikan Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey disenangi peminat dan rakan-rakan.

Setelahh diadakan perbincangan bersama pihak produksi, akhirnya pelawak Man Raja Lawak dipilih menggantikan watak Abam dalam teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung.Khir berkata, dia dan penerbit, Ogy Ahmad Daud bersepakat memilih Man kerana kemampuan bakatnya setara dengan Allahyarham Abam.

Kita semua tahu Abam ada caranya tersendiri, jadi penggantinya juga bukan orang biasa-biasa. Sebelum memilih pengganti, kita lihat beberapa faktor yang sesuai dengan penonton… kita akui Abam ada keistimewaan sendiri, jadi kita perlu cari seseorang yang setara atau yang boleh mengatasi Abam.

Setelah adakan perbincangan dan menyenaraikan tiga nama akhirnya kami memilih Man Raja Lawak atau Man Puteh sebagai pengganti watak Abam,” katanya kepada mStar. Khir Rahman ditemui semasa sidang media perjumpaan media bersama pengarah dan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung yang diadakan di Istana Budaya pada Khamis.

Sementara itu, Khir memberitahu pemilihan Man itu berikutan kemampuan pelawak tersebut menyampaikan komedi dengan baik dan bersahaja. “Kita percaya Man akan dapat menggantikan Abam di pentas itu nanti. Man telah melalui evolusi dari awal pembabitan sebagai pelawak sehinggalah terbaharu memenangi Maharaja Lawak Mega 2019, Januari lalu. Pembabitannya itu merupakan satu petanda positif dalam industri lawak dan komedi…

saya menjangkakan akan ada magik dan sesuatu akan dilakukan nanti. Lagi pula, karakter pada Man kena dengan watak itu dan kita cuma ubah sedikit supaya sesuai dengan Man. Yang lain termasuk jalan cerita masih kekal sama!,” ujarnya. Selain Man, teater ini turut dibintangi oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

Teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung itu akan dipentaskan di Istana Budaya pada 28 hingga 29 Februari dan 1 Mac ini. Pada Isnin, salah seorang pelakonnya iaitu Abam, 32, disahkan telah pergi buat selamanya selepas dua hari mengalami demam panas.

Antara pencapaian adalah memenangi kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2014 dan 2015. Ucapan kemenangannya dalam ABPBH 2014 antara yang paling diingati sehingga kini hingga tercetusnya tanda pagar ‘Gemuk Is Awesome’.

Pencapaian lainnya adalah juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016, juara MLM 2017, naib juara MLM 2018 dan tempat ketiga MLM 2019. Selepas meniti puncak populariti, Allahyarham yang juga abang kepada pelawak, Ali Puteh menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, pada 8 Disember 2017. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit:Mstaronline

Be the first to comment on "Dah jumpa pengganti Abam. Khir dengan Ogy Ahmad Daud dah sepakat untuk pilih pengganti Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*