Setelah sekian lama menyepi akhirnya Jaclyn Victor tampil buka mulut dedah cerita sebenar tentang isu perpisahan dengan suami. Tak sangka rupanya ini yang berlaku.

Penyanyi Jaclyn Victor enggan mended4hkan butiran lanjut mengenai sebab perpisahanya bersama vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet iaitu Shawn Rivera. Pada Januari lalu, Shawn menerusi laman Facebook miliknya mendedahkan rumah tangga bersama penyanyi yang mesra dipanggil Jac ini terpisah selepas lima tahun berkahwin.

“Apa yang lepas, biarlah lepas. Perkara itu sudah berlalu. Tak ada apa yang berlaku. Benda dah habis. “Kepada semua yang risaukan saya, kepada peminat yang tertanya-tanya mengenai keadaan diri saya, sejujurnya saya okay sahaja.

“Saya gembira, anak-anak ada bersama saya… Perkara itu sudah mencukupi,” katanya. Jac ditemui di majlis pelancaran kasut New Balance 850 di Slate @ The Row, Kuala Lumpur semalam. Tambah Jac, dia tidak menghalang suaminya untuk bertemu dengan anak-anak mereka, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

“Anak-anak tinggal dengan saya di sini (Malaysia) manakala dia berada di sana (Amerika Syarikat). “Saya tak akan menghalang dia mahu bertemu dengan anak-anak kerana walau apapun, dia tetap bapa kepada zuriat kami. “Kalau  dia mahu bertemu dengan anak, dia harus datang ke sini. Saya tak akan membawa anak-anak ke sana,” katanya lagi. Shawn dan Jac mendirikan rumah tangga di sebuah gereja di Philadelphia pada 19 Julai 2014. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Setelah sekian lama menyepi akhirnya Jaclyn Victor tampil buka mulut dedah cerita sebenar tentang isu perpisahan dengan suami. Tak sangka rupanya ini yang berlaku."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*