Selepas beberapa hari lahirkan ank kedua Isteri Pu Abu tampil dedahkan pengalaman bersalin normal. Tak sangka rupanya ini yang jadi dekat dia.

Isteri kepada pendakwah kontroversi, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa meluahkan rasa gembiranya apabila impiannya untuk melahirkan anak secara normal kali ini termakbul. Ini kerana menurut Hana, sewaktu bersalin anak pertama menerusi perkahwinan terdahulu, doktor pernah memaklumkan kepadanya dia berkemungkinan tidak berpeluang untuk bersalin secara normal.

“Aisyah dulu menerusi operasi sebab doktor beritahu tulang punggung saya sempit. Tapi masa tu bukaan dah 10 sentimeter dan terlalu lama saya berada di dewan bersalin. Dari 6 pagi sampai ke 3 petang tak silap. Jadi saya memang dah lemah dan bayi apa entah lagi kan. Jadi, doktor buat keputusan untuk operasi sahaja.

“Tapi itulah, rezeki Mateen. Saya rasa juga nikmat bersalin normal tu macam mana. Sebab kalau berdasarkan apa yang doktor cakap masa bersalin Aisyah tu saya macam tak ada peluang je nak normal. “Sebaik saya dapat tahu mengandung anak kedua ini, memang hari-hari berdoa nak bersalin normal,” ceritanya.

Hana berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya sebagai menjawab pertanyaan warganet mengenai pengalamannya bersalin. Hana selamat bersalin anak keduanya pada 1 Februari lalu. Perkara tersebut hanya dikongsikan pasangan itu selepas tujuh hari kemudian dengan memberikan nama bayi mereka, Muhammad Uwais Al-Mateen.

Hana yang berstatus janda anak seorang mendirikan rumah tangga dengan PU Abu pada Mei lalu. PU Abu mempunyai seorang lagi cahaya mata, Muhammad Adam Aysar hasil perkahwinan pertamanya dengan Ain ‘Afini yang  dilepaskan ketika wanita itu mengandung. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: gempak

Be the first to comment on "Selepas beberapa hari lahirkan ank kedua Isteri Pu Abu tampil dedahkan pengalaman bersalin normal. Tak sangka rupanya ini yang jadi dekat dia."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*