Selepas 4 hari pemergian Abam akhirnya ali tampil buka mulut dedah keadaan terkini ibu dan isteri Abam. Tak sangka rupanya ini keadaan mereka.

SELEPAS empat hari pemergian pelawak Abam Bocey, adiknya Ali Puteh memberitahu ibu dan kakak iparnya Nor Hidayah masih terkesan dengan kehilangan itu. Menurut Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, ibunya Sabariah Arshad mengalami kesukaran untuk tidur kerana terkenangkan Abam.

“Keadaan ibu sekarang macam biasa la, dia masih lagi terkenangkan Abam. Waktu siang, dia boleh berborak-borak la juga. “Tapi bila waktu malam saja, dia susah tidur dan akan berborak mengenai Abam sampai la jam 3, 4 pagi baru boleh tidur.

“Buat masa sekarang ini, saya dan isteri serta anak-anak tinggal bersama ibu. Setiap malam kami akan teman ibu tidur. “Walaupun saya sendiri pun masih lagi belum dapat terima hakikat itu tapi terpaksa juga kuat demi ibu,” kata Ali ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pergi menghadap illahi selepas dua hari mengalami demm pnas di kediamannya, Gombak, pada pagi Isnin. Abam tinggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Sementara itu, Ali memberitahu dia akan cuba sebaik mungkin menguruskan harta yang ditinggalkan Abam. “Memandangkan rumah ada banyak bilik, ibu bapa mentua Abam pun tinggal bersama kami buat masa kini.

“Hidayah memang banyak berdiam tapi saya nampak juga dia ada la berborak dengan tetamu. “Insya-Allah saya akan cuba membantu isteri dan anak Abam. Saya akan cuba susun sebaik yang mungkin harta peninggalan Abam untuk anaknya Hamzah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ali berterima kasih kepada semua tetamu yang masih lagi berterusan menziarahi rumah dan tanah persemadian hingga kini. “Alhamdulillah, sampai sekarang sudah empat hari Abam pergi tapi rumah sentiasa dipenuhi orang ziarah. Dari pagi sampai malam ada sahaja yang datang, kebanyakan mereka dari jauh. 

“Mereka kawan-kawan dan kenalan Abam yang tak dapat datang pada hari isnin lalu,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Selepas 4 hari pemergian Abam akhirnya ali tampil buka mulut dedah keadaan terkini ibu dan isteri Abam. Tak sangka rupanya ini keadaan mereka."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*