Hidup penuh dengan ujian. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Elyana tampil bongkarkan sesuatu yang ramai tak tahu.

Penyanyi, Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana pernah mengumumkan dia ada sakit limfoma tahap 4 sewaktu bertanding di dalam sebuah program realiti hiburan tempatan beberapa tahun yang lalu.

Menurut Elyana, dia ads sakit tersebut sejak 8 tahun yang lepas dan sudah berpuluh kali menjalani rawatan kim0trapi. Di Instagram, penyanyi itu berkongsi semula foto dirinya ketika menjalani rawatan tersebut. Pada masa yang sama, dia turut tinggalkan beberapa pesanan buat masyarakat yang sakit.

Menurut Elyana, foto yang dikongsikan tersebut merupakan foto pertamanya menjalani rawatan kim0trapi setelah disahkan sakit tahap 4. Walaupun sudah berpuluh kali menjalani rawatan tersebut, dia masih mampu memberikan senyuman. Meskipun dilanda ujian yang berat, Elyana memberitahu dia masih mampu tersenyum di hadapan masyarakat dan biarlah sakit yang dialami disimpan olehnya snediri.

Mengenai pesanan yang ditinggalkan, Elyana menyeru semua masyarakat supaya memberi sokongan dan mengambil peduli tentang ahli keluarga mahupun kenalan yang menghidap sakit tersebut. Tambahnya, sokongan dan doa orang-orang tersayang yang berada di dekat mampu membuatkan sakit tersebut terus berjuang untuk hidup dan kembali sihat.

Rata-rata warganet dan peminat mendoakan Elyana supaya terus berjuang dan kuat. Mereka turut memahami pesanan yang disampaikan dan bersetuju dengan kata-kata yang dikongsikan oleh Elyana.

Sumber: Elyana

Be the first to comment on "Hidup penuh dengan ujian. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Elyana tampil bongkarkan sesuatu yang ramai tak tahu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*