Bengang sebab tandas rumah perempuan berlendir. Tak sangka ini respon padu dari Tiz Zaqyah buat warganet terkedu.

Tiz Zaqyah trauma dengan rumah kotor semasa penggambaran sebuah drama. BERLENDIR dan berkulat… itulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh pelakon Tiz Zaqyah ketika menjalani penggambaran sebuah drama. Pelakon drama Nur Kasih ini berkata, pandangan dan fokusnya terganggu dengan keadaan kotor tersebut.

Lebih terkilan, pemilik kediaman tersebut merupakan seorang wanita. “Masih trauma dengan toilet rumah berlendir berkulat. Awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je peluntur tu! “Lantai penuh rambut, meja makan melekit, dapur berminyak, sinki penuh cawan pinggan kotor.

Tiz berkongsi cerita memualkan itu di Twitter miliknya.

“Kenapa? Dah tau orang ada penggambaran kat rumah awak, bersihkan sikit tak salah,” katanya. Tiz berkongsi luahan dan pandangannya itu menerusi laman Twitter pada Rabu. Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus lokasi penggambaran tersebut.

Sementara itu, rata-rata pengikutnya di laman tersebut turut bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Tiz itu. “Seramnya… saya paling sakit hati kalau tandas kotor macam ni, penanda aras orang rumah pembersih adalah tandas.

“Memula baca ingat Tiz cakap fasal tweet viral rumah sewa… rupanya, Masya-Allah sabar sis! “Seriuslah! Saya tak boleh bayangkan betul, macam mana dia boleh duduk rumah macam tu,” komen pengikut. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Bengang sebab tandas rumah perempuan berlendir. Tak sangka ini respon padu dari Tiz Zaqyah buat warganet terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*