Ali buat kejutan untuk hari lahir Fad. Tapi tulisan atas kek yang jadi perhatian ramai sampai Fad pun tak boleh tahan air mata.

Fad pada perkongsian foto di Instagram mendakap erat anak lelaki Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan. Menerusi kapsyen ditulis, Fad atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berhasrat menjaga Hamzah.

“Daddy, jaga Hamzah ye nak. Anak daddy empat orang sekarang,” katanya berserta hashtag #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah. Perkongsian menyayat hati Fad itu mendapat lebih 300,000 tanda suka daripada pengikutnya di Instagram dan hampir 4,000 komen yang menyokong tindakan Fad untuk berkongsi kasih sayangnya dengan Hamzah.

Dalam perkembangan terkini, Ali Puteh dan Achey berpakat buat kejutan hari jadi kepada Fad. “Mmg biasa je sambutan fad.. tapi aku percaya ini besday paling kau ingat..”-Tulis Achey di laman instgram beliau. Tapi apa yang lagi menyed1hkan apabila Ali memberitahu bahawa tulisan di kek hari jadi Fad tertulis “Kalau kita baik, semua orang sayang,”

Di mana tagline tersebut selalu diguna oleh Abam ketika hay4t beliau

Jelas Ali, kejayaannya menjadi juara Maharaja Lawak Mega pada tahun 2019 paling tidak dapati dilupakan, apabila Abam memeluknya di atas pentas selepas keputusan diumumkan. “Malam final (MLM 2019) tu bila saya menang, dia orang pertama peluk saya lama-lama. Saya tidak mampu kal4hkan dia lagi, bila menang dia kata, ‘Kau adik aku, hebat, paling handal kau boleh kalahkan abang kau’.

“Dia peluk saya lama atas pentas, saya cakap ‘Bang, aku menang tapi aku menang bukan untuk orang lain tapi untuk kita’,” jelas ahli kumpulan Puteh itu. Beliau tidak menyangka, kata-kata Abam itu merupakan kali terakh1ir beliau berada di atas pentas bersama Abam.

Rata-rata pengikut Instagram Fad sangat kagum dengan keakraban hubungan erat anggota Bocey. Sama ada Fad dan Achey, kedua-duanya akan memastikan Hamzah mendapat kasih sayang seorang bapa. Walaupun Abam sudah tiada dan Bocey kini tinggal berdua, hubungan kekeluargaan dipupuk mereka selama ini kekal erat.

Abam mungkin tidak ada tetapi kasih sayang dan semangatnya ditinggalkannya akan terus bersama Bocey. Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Pada Isnin lalu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, pergi menghadap illahi secara meng3jut di kediamannya di Gombak.

Abam yang diziarah lebih 2,000 orang di masjid di Tanah Persemadian Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak. “Mmg biasa je sambutan fad.. tapi aku percaya ini besday paling kau ingat..”tulis Achey dia laman instgram beliau

Sumber : duniadanakhirat

Be the first to comment on "Ali buat kejutan untuk hari lahir Fad. Tapi tulisan atas kek yang jadi perhatian ramai sampai Fad pun tak boleh tahan air mata."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*