Terbayang Abam pun ada dalam pelukan tu. Fad terkilan tak dapat jumpa Abam buat kali terakhir.

Umum sedia maklum, Fad berada di Jepun bercuti bersama keluarganya, ketika diberitahu mengenai berita pemergian Abam. Jiwa Fad meronta ingin berjumpa Abam sepanjang menunggu masa menaiki kapal terbang pulang ke Malaysia. Baru-baru ini, dimaklumkan bahawa Fad dan keluarga telah sampai di lapangan terbang KLIA dengan disambut oleh Achey dan beberapa lagi kenalan.

Suasana di KLIA bertukar suram dan pilu, selepas Fad dan Achey saling berpelukan dengan linangan air mata sambil memeluk cium baju Abam untuk melepaskan kerinduan. Selepas daripada itu, dilihat Fad terus menuju ke kediaman Abam untuk bertemu dengan keluarga Abam. Keadaan bertambah sedih, selepas dia dan Ali saling berpelukan tidak dapat menahan rasa sebak di dada.

Situasi ketika itu cukup menyentak jiwa, Fad tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya kerana tidak sempat untuk dirinya berjumpa Abam buat kali terakhir. Sememangnya kepulangan Fad sangat dinantikan oleh rata-rata warganet, yang juga bersimpati dengan kehilangan Abam dalam hidup Fad dan Achey.

Kini hanya tinggal doa untuk disedekahkan buat Abam, sebagai bakti terakhir daripada kita buat Abam. Semoga Fad dan Achey terus tabah melangkah walaupun tanpa Abam disisi mereka.

Be the first to comment on "Terbayang Abam pun ada dalam pelukan tu. Fad terkilan tak dapat jumpa Abam buat kali terakhir."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*