Tak perlu fikir lebih lebih sebab usia makin meningkat. Ini nasihat padu dari Datin Shahida buat warganet terkedu.

Usahawan kosmetik, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi pandangannya mengenai waktu yang pantas berlalu. Menerusi kemas terbaru Shahida di laman Instagram, bekas anggota kumpulan nasyid Solehah ini memuat naik foto terbaru dan turut mengimbau zaman persekolahan sehingga sekarang.

“Dulu waktu kecil sekolah rendah tak sabar nak pergi sekolah menengah… Bila dah sekolah menengah tak sabar nak habis sekolah… “Bila dah habis sekolah tak sabar nak kerja, lepas tu nak ada keluarga. Semua tu dah jadi kenyataan sekarang, tak sedar 35 tahun singkat sahaja waktunya, tak terasa.

“Masih teringat-ingat zaman nakal habis sekolah, zaman kena kacau dengan budak lelaki kat sekolah, zaman cikgu rotan sebab tak siap kerja sekolah.. Semua tu sangat singkat,” tulisnya. Tambah isteri kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri ini, usia manusia cepat meningkat dan kita harus selalu meletakkan Allah sebagai keutamaan.

“Macam tu lah cepatnya nanti usia kita meningkat kan… Nanti sedar tak sedar usia pun nak masuk 50 dah… Anak dah besar mungkin dan bercucu… Masalah pun lain pula nanti. “Jadi kesimpulannya, jangan stress, jangan memikir lebih-lebih sebab hidup kita ni singkat sahaja sebenarnya, gembira dan bahagia dengan orang yang sayang kita.

“Itu lebih bermakna dan paling penting selalu letak Allah SWT nombor 1 dalam hati kita, apapun yang jadi Insya-Allah itu yang terbaik sebenarnya untuk kita,” tulisnya lagi. Di ruangan komen, rata-rata pengikut laman Instagram Shahida bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan.

Malah, ada juga peminat yang berterima kasih kepada Shahida kerana secara tidak langsung, ia mengingatkan mereka tentang usia yang pantas berlalu. Shahida dan Aliff telah berkahwin sekitar Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah yang dilahirkan pada 20 Disember 2019. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat perempuan yang bernama Ameena.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: gempak

Be the first to comment on "Tak perlu fikir lebih lebih sebab usia makin meningkat. Ini nasihat padu dari Datin Shahida buat warganet terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*