Sanggup tolak job 5 ribu demi program dakwah yang hanya Rm500. Tak sangka rupanya ini sikap Abam yang ramai tak tahu.

Berita pemergian Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey) memberikan kesan kepada rakyat Malaysia. Berikutan itu, sikap mulia Abam ini banyak didedahkan oleh pelbagai pihak, mungkin nak lepas rindu agaknya, kami yang baca ni pun turut rasa sebak.

Kita berbalik pada islam”

Satu screenshot mesej dikhabarkan daripada Abam sewaktu membuat rundingan diajak untuk ke sebuah program dakwah viral di Twitter. Dikatakan, dia sanggup tolak tawaran yang bernilai RM5,000 demi sebuah satu job yang hanya RM500 untuk sebuah program dakwah.

Dikatakan mesej rundingan itu merupakan jemputan untuk program dkwah pada malam tahun baru lepas dimana Abam merupakan salah satu tetamu undangan.

“Sisi yang ramai tidak tahu. Dikhabarkan abam menolak 1 job dengan bayaran RM5,000.00 untuk menerima tawaran hanya RM500.00…. Tinggalkan habuan dunia untuk akhirat. Berbahagialah abam..Semoga Allah menerima segala amal baik engkau.”

Perkongsian yang mengundang rasa sebak itu telah mencapai hampir 3,000 jumlah retweets dalam masa kurang 24 jam ia dimuat naik. Malah, ada warganet yang kongsikan gambar ketika melakukan solat untuk Abam yang dikerumuni oleh ramai orang.

Sebelum ini ramai yang mendedahkan sikap mulia Abam, jelaslah disini dia seorang yang disenangi ketika dia hidup. Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat terutamanya Fad dan Achey atas kehilangan orang tersayang, semoga Abam di tempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Sanggup tolak job 5 ribu demi program dakwah yang hanya Rm500. Tak sangka rupanya ini sikap Abam yang ramai tak tahu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*