Menangis depan Kaabah saat kali pertama lakukan umrah. Tak sangka inirespon mengejut dari Mawar Rashid.

Pelakon jelita, Mawar Rashid sebak dipilih menjadi tetamu rumah Allah apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada usia 24 tahun. Mawar atau nama sepenuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid selamat tiba Tanah Suci Makkah bersama suami Raf Yaakob dan anaknya Raden Muhammad Rafael serta beberapa ahli keluarga yang lain.

Menerusi laman Instagram, pelakon drama TQ Captain itu memuat naik posting meluahkan rasa syukur dan membuka peluang kepada pengikutnya bagi mengirimkan doa. “Ramai DM (Direct Message) Mawar untuk kirimkan doa. Mawar buka ruang comment sini untuk semua yang nak kirimkan doa.

“Mawar akan baca yang sebanyak mungkin doa kalian. Terima kasih semua yang mendoakan Mawar dan keluarga,” katanya. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat membawa dua anak tirinya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri. Rata-rata warganet mendoakan supaya perjalanan ibadah Mawar dan keluarganya dipermudahkan serta memperoleh umrah yang mabrur.

 

Sumber : Mawar Rashid , Raf Yaakob

Be the first to comment on "Menangis depan Kaabah saat kali pertama lakukan umrah. Tak sangka inirespon mengejut dari Mawar Rashid."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*