Masih tak percaya yang Abam dah tiada. Tak sangka ini respon Fad buat ramai sebak.

“Banyak kali Fad ulang baca betul ke ni nama ko Bam.” – Fad Sebak

Masih tak percaya yang Abam dah tiada. Tak sangka ini respon Fad buat ramai sebak.

Pemergian Abam Bocey kerana dem4m panas telah mengejutkan orang ramai baru-baru ini terutamanya sahabat-sahabat baiknya iaitu Fad dan Achey. Ramai merasa sedih melihat keadaan anggota kumpulan Bocey tersebut yang kini hanya tinggal berdua sahaja. Lebih menyayat hati lagi, Fad yang berada di Jepun ketika itu tidak dapat melihat Abam untuk kali terakhir.

Hubungan akrab Abam dengan Achey dan Fad lebih dari seorang kawan dan saudara. Ramai peminat mereka sebal melihat semangat persahabatan mereka bertiga apabila mereka kehilangan kawan paling rapat Abam Bocey 2 hari lepas.

Achey yang berada di kediaman rumah Abam dari pagi sehingga malam dan cuba sedaya upaya permudahkan urusan terakhir kawannya Abam membuatkan ramai tersentuh dengan nilai persabahatan mereka.
Manakala Fad yang ketika itu masih berada di Japan tetap berusaha mendapatkan tiket untuk pulang ke Malaysia untuk berjumpa kali terakhir dengan Abam

serta menunaikan hasrat Abam supaya mereka berdua uruskan dia apabila tiba hari pemergiannya tidak kesampaian apabila tiket paling awal adalah sehari selepas itu. Fad yang telah selamat tiba di lapangan terbang awal pagi tadi. Kepulangan Fad di nanti Achey yang menunggu di lapangan terbang. Sayu melihat mereka menangis berpelukan sambil clum baju Abam. Sungguh mereka masih tidak dapat terima pemergiaan kawannya.

Fad yang baru sahaja tiba di Malaysia awl pagi tadi terus ke kediaman rumah Abam untuk melawat. Dia juga masih tidak dapat menerima ketiadaan kawan baiknya. Walaupun penat di dalam lapangan terbang masih terasa, semangat untuk berjumpa dengan Abam kuat walaupun hanya mampu berjumpa tanah persemadian sahaja. Sayu melihat keadaan mereka berdua dari hari permergian Abam sehinggalah ke hari ini.

Menerusi instagram status Syaheera isteri kepada Fad, dia berkata Fad yang sangat bersedih dari 2 hari lepas di Japan sehinggakan tidak dapat tidur dan makan kerana terlalu bersedih dengan pemergian Abam. Fad yang di katakan masih tidak percaya dengan ketiadaan kawan baiknya itu berkali kali membaca sijil yang tertulis nama Abam.

Ini adalah ucapan throwback hari lahir dari Abam untuk Fad tahun lepas. tak sangka ini adalah ucapan terakhir.

Banyak kebaikan yang di ceritakan masyarakat, peminat rakan rakan artis dan juga keluarga terdekat sepanjang hayatnya. Berkerja keras dan tidak berkira menolong orang susah suka bersedekah dan sangat baik dengan semua orang membuatkan pemergiannya sangat di tangisi oleh semua.

Abam juga seorang yang sangat peramah baik tidak sombong membuatkan ramai yang selesa mendekati pelawak ini. Abam juga di katakan sangat rapat dan menjaga ibu nya, suka mendampingi ulamak dan juga suka bersedekah serta sering membuat amal kebajikan antara amalan abam ketika hayatnya.  Semoga Abam di tempatkan dalam kalangan orang beriman. amin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Rosemerah

Be the first to comment on "Masih tak percaya yang Abam dah tiada. Tak sangka ini respon Fad buat ramai sebak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*