Jihan tampil dedah sesuatu tentang Abam yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya ini yang terjadi.

Hos dan pelawak terkenal, Jihan Muse menerusi Instagram ada menitipkan dedikasi sebagai penghormatan terakhir buat rakan, Abam Bocey yang telah pergi mengadap Illahi dua hari lalu. Menerusi perkongsian kapsyen di Instagram yang dikemas kini, ibu kepada seorang cahaya mata itu reda atas berita dukacita yang diterimanya.

“Nak menulis tak tertulis. Nak berkata tak terluah. Mulakan saja tanpa tahu mana patut berhenti. Terkejut tapi tidak mengejutkan. Terduduk tapi tidak meraung. ”Mungkinkah kerana sudah terbiasa. Melatih diri untuk faham tentang redha. Melatih diri untuk mengingatkan masa sendiri. Belum surut rasa yang satu ditambah lagi pilu yang satu begitulah seterusnya nanti hingga tiba waktu sendiri.

”Waktu yg sudah tiada rasa. Mungkin ada rasa tapi tiada siapa yg tahu rasa yg apa. Berulang lagi s4kit dada perit menanti pecah ibaratnya. Allahuakbar. ”Seorang lagi nakhoda pergi tinggalkan anak2 kapalnya berlayar ke pelabuhan jauh. Ke negeri yg abadi. Seorang lagi pemimpin. Lelaki.

“Kita baik ramai sayang. Moga ada ruang di dalam ‘kita’. Allahummafirlahu warhamhu waafihi waafuanhu,” tulisnya puitis. Serentak dengan perkongsian yang sudah pun mendapat lebih 30,000 tanda suka itu, para peminat turut sedekahkahkan al-Fatihah dan mengucapkan salam takzi4h buat seluruh keluarga Abam.

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey pegi menghadap illahi di kediamannya di Gombak, pagi Isnin.

Abam tinggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

 

Sumber : MH/Slamber Media

Be the first to comment on "Jihan tampil dedah sesuatu tentang Abam yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya ini yang terjadi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*