Gelagat ank Achey main dekat tanah persemadian Abam buat ramai sebak. Achey janji akan selalu bawa ank main disitu.

Tiada apa lagi yang dapat dizahirkan oleh kedua-dua sahabat Bocey apabila anggota kumpulan mereka Abam pergi menghadap Ilahi. Achey yang menghadapi duka tanpa Fad disisi begitu sebak sehingga tidak putus menitiskan air mata begitu juga sahabatnya itu yang gelisah di bumi Jepun menanti pulang melihat tanah persemadian Abam.

Selepas seharian Abam disemadikan, Achey telah datang kembali ke tanah persemadian Abam bersama anaknya, Tiara Zinnirah. Telatah comel si cilik itu mengundang sedikit sebak apabila dia bermain di sekitar tanah persemadian Abam sambil disapa Achey dengan mengatakan bahawa tempat ini bakal menjadi tempat bermainnya kelak.

Ketika itu, Tiara dilihat bermain dengan kerusi tempat duduk para hadirin yang menziarahi tanah persemadian Abam. Semasa hidup, hubungan mereka juga rapat dan kerap juga bertemu membawa anak masing-masing. Terdahulu, Abam dilaporkan pergi menghadap illahi pada pagi Isnin berpunca daripada demam yang berlarutan.

Berita pemergiannya begitu menggemparkan industri seni sehingga ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat pelawak tersebut. Abam telah tinggalkan seorang isteri dan seorang anak yang baru berusia lima bulan. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber : Achey Bocey

Be the first to comment on "Gelagat ank Achey main dekat tanah persemadian Abam buat ramai sebak. Achey janji akan selalu bawa ank main disitu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*