Almy tampil mohon maaf kepada suami gara gara tak dapat nak selamatkan ank dalam kandungan. Tak sangka ini keadaan terkini Almy Nadia.

Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi luahan hatinya buat pertama kali selepas kejadian kegvguran bayi yang dialaminya semalam di Instagram. Menerusi luahan tersebut, Almy atau nama sebenarnya, Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 34, turut memohon maaf kepada suaminya pelakon, Datuk Fizz Fairuz kerana tidak dapat melahirkan anak keempatnya itu.

“Ya Allah kau permudahkanlah urusanku hari ini. Kau percepatkanlah semuanya. Kau lancarkan semuanya. Maaf jika saya tak dapat nak balas satu persatu WhatsApp dan DM (mesej peribadi) semua, keadaan masih belum mengizinkan.

“Maafkan mama sayang @fizzfairuzofficial maafkan mama, ampunkan mama sayang @fizzfairuzofficial. Buat anak kecilku, tunggu mama di sana (syurga) ya sayang,” tulisnya menerusi satu entri di Instagram. Menerusi entri tersebut, Almy turut berkongsi gambar dirinya sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

Perkongsian Almy itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet. Rata-rata mendoakan agar Almy terus tabah untuk menghadapi ujian yang menimpanya. “Semoga dipermudahkan urusan akak dan abang Fizz. Allah lebih sayangkan dia. Dia anak syurga. Kami di sini doakan akak dan keluarga bertabah. Semoga keadaan semua baik-baik sahaja.

“Bersabar Datin, semuanya ada hikmah. Semoga sihat seperti biasa,” tulis sebahagian pengikutnya. Semalam, Almy dilaporkan mengalami kegvguran selepas 14 minggu usia kandungan. Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Almy tampil mohon maaf kepada suami gara gara tak dapat nak selamatkan ank dalam kandungan. Tak sangka ini keadaan terkini Almy Nadia."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*