Penjaga tempat persemadian Abam telah bongkarkan ada wanita merayu nak tengok rumah baru Abam pada tengah malam

Pemergian pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar begitu memberi kesan yang mendalam terhadap industri seni tanah air. Ramai rakan artis dan ustaz-ustaz terkenal sedih dengan pemergiannya dan turut berkongsi pelbagai kisah peribadi Abam.

Seperti mana video yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafiah melalui Instagram miliknya berkenaan penjaga tempat persemadian di kawasan tempat persemadian Abam. Penjaga tempat persemadian tersebut memberitahu bahawa terdapat seorang perempuan yang membawa anaknya merayu untuk melawat  Abam pada lewat malam.

Menurut penjaga tempat persemadian tersebut, wanita berkenaan yang menaiki motosikal bersama anaknya merayu untuk menziarahi tempat persemadian Abam walaupun ketika itu sudah lewat malam. Wanita berkenaan menyatakan bahawa Abam adalah orang yang menampung segala perbelanjaan sekolah anaknya.

Tambahnya lagi, pada waktu tersebut tiada lampu pencahayaan di tempat persemadian berkenaan berikutan kawasan itu telah ditutup. Penjaga tempat persemadian berkenaan terus membawa wanita berkenaan bersama anaknya menziarahi Abam selepas itu.

Rata-rata peminat Abam sungguh terkesan dengan pemergian beliau dan menyatakan keperibadian beliau sungguh mulia. Abam bocey banyak bersedekah secara bersembunyi sehinggakan banyak kisah yang baik dikongsikan selepas pemergian dirinya.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Ustaz Hanafiah

Be the first to comment on "Penjaga tempat persemadian Abam telah bongkarkan ada wanita merayu nak tengok rumah baru Abam pada tengah malam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*