Lelaki ini bongkarkan yang Abam pernah bagi petanda pelik yang dia akan pergi buat selamanya

“Nak jarak-jarakkan anak, sekali nak jarakkan tiga tahun, sebelum tiga tahun pergi buat selamanya, seorang tu je lah yang tinggal, nasib baik anak kita lelaki” Itu antara bait-bait yang keluar daripada mulut pelawak Abam Bocey ketika ditemu bual penulis kira-kira dua minggu lalu pada 29 Januari 2020.

Ketika itu Abam ditemui sewaktu menghadiri sidang media pelancaran Teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Jawapan itu diberikan secara berseloroh ketika menjawab pertanyaan penulis apabila diajukan soalan mengenai perancangannya untuk menambah cahaya mata.

Bahkan itu sebenarnya bukan perkataan pergi buat selamanya yang pertama keluar daripada mulut Abam. Sebaliknya, ia merupakan kali kedua pelawak itu menyentuh soal pergi buat selamanya ketika diajukan soalan dalam sesi interviu yang sama.

“Saya ‘rancang’ je setiap hari, kalau ada, ada lah, kita tak tahu sebab entah tiga empat tahun kita pergi buat selamanya pulak, nanti seorang je anak,” katanya yang mengulang sebanyak dua kali perkataan nak pergi buat selamanya.

Hari ini, penulis menyedari bahawa perkataan ‘bukan bukan’ yang keluar daripada mulutnya itu seolah-olah memberi petanda bahawa ‘hari’nya pada masa itu sudah hampir tiba. Namun, siapa sangka, hanya selepas 12 hari, apa yang dituturkan Abam itu kini menjadi realiti.

Abam tinggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan selepas menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Ia merupakan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya bersama Siti Norhidayah pada Disember 2017.

Apapun, sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Ridzuan. Semoga rohnya terus dicucuri rahmat. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Lelaki ini bongkarkan yang Abam pernah bagi petanda pelik yang dia akan pergi buat selamanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*