3 kebaikan yang Abam Bocey amalkan dalam hidup sehingga buatkan masjid penuh

Perwatakannya yang bersahaja dan menghiburkan menjadikan Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey disenangi peminat dan rakan-rakan. Kesungguhannya mempertaruhkan bakat dimiliki juga meletakkan Abam sebaris dengan pelakon dan pelawak popular tanah air.

Walaupun berbadan besar, tetapi itulah kelebihan Abam yang membantunya muncul sebagai pelawak popular. Dalam kumpulan Bocey yang dianggotainya bersama Fad dan Achey, dialah sebenarnya tarikan utama disebabkan bentuk fizikalnya itu di samping bakat dimiliki.

Ini ditambah dengan ‘tagline’ Gemvk Is Awesome yang meningkatkan lagi populariti Abam. Abam yang dilahirkan di Gombak, Selangor pada 19 Januari 1988 mula dikenali selepas menyertai pertandingan Bintang Mencari Bintang anjuran TV3 pada 2013 bersama Fad menerusi kumpulan Bocik.

Berikut perkongsian Salehuddin Nasir menegenai 3 amalan Abam ketika hidupnya. “Saya bersama dengan izin allah dapat menyembahyangkan abam Bocey. Bersama saya ialah us Haslin Bollywood,Us Fadil Nor,Us Syed Kadir Aljofri,us Syed Norhisham Padang,Imam Muda Asyraf,Pu Amin dan pu Jo dan ramai lagi para ulamak yang turut hadir.

Saya kehairanan memikirkan amalan apakah yang Abam Bocey lakukan dalam hidup nya hingga begini Allah muliakan hari akhirnya. Ribuan manusia termasuk rakan artis yang hadir. Semua berwajah sedih dan simpati dan tidak putus mendoakan.

Jumlah yang hadir lebeh dari seramai solat jumaat. Bahagian dalam, luar, kiri dan kanan masjid penuh ses4k. Saya merenung dan mendapati ada beberapa perkara yang abam Bocey lakukan dalam hidup.Pertama beliau tidak pernah tinggalkan ibu nya bersendirian. Menjaga dan mentaati nya. Kedua beliau sentiasa mendampingi ustaz dan para ulamak. Ketiga beliau rajin bersedeqah.

Sabda Nabi saw:Ambil lah contoh orang yang telah pergi buat selamanya di kalangam kamu. Berehatlah abam. kami mendoakan mu” Selain Itu, PU Amin juga berkongsi perkara serupa mengenai amalan baik Abam ketika hidupnya “Apa amalan baik yang kamu buat di dunia duhai sahabat ?

Seluruh masyarakat mendoakan mu. 3 amalan abam untuk kita contohi adalah , taat dan berbakti pada ibu nya , kuat bersedekah dan rajin untuk menghidupkan program d4kwah di masjid masjid… Pem3rgian mu menghidupkan hati hati yang telah pergi buat selamanya. Kau lagenda yang terus disayangi .

Semoga Allah memberi kerehatan dan kasih sayang Nya padamu . Orang melimpah keluar masjid beraolat dan mendoakan mu . Alu bersaksi kau seorang yang sangat baik . Seimbang antara kerja dunia dan bakti akhirat . Semoga kita berjumpa kelak di Syurga Allah . Terus hadiahkan bacaan Al Fatihah dan doakan keselamatan dan kerehatan yang sempurna buat Syed Umar Mukhtar @ Abam”

Abam menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan ibunya pada Ogos tahun lalu. Bocik muncul naib juara manakala Achey yang ketika itu tampil solo muncul sebagai juara. Mereka kemudian bergabung menubuhkan kumpulan Bocey dan muncul pertama kali dalam program Maharaja Lawak Mega pada 2013.

Di situlah bermulanya populariti Abam bersama Bocey dan mereka tidak menoleh ke belakang lagi. Sepanjang pembabitannya, Abam juga aktif berlakon dan pernah membintangi beberapa filem antaranya Suatu Malam Berasap 2, Kawan Aku Pergi Buat Selamanya Dalam Rumah Sewa, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Ada Apa Dekat Bus Stop, Isteri Untuk Dijual, Kec0h Primadona Kena H4ntu dan Jodoh Sy4itan.

Antara drama dan telefilem dibintanginya adalah Mak Cun musim ketiga, Oh My Pondok, S4ka Sisters, Tuyul ke London, Homestay Berhantu, Projek Bakar Lemang, Hantu Rumah s4kitJiwa dan Terpaanah Asmara. Antara pencapaian Beliau adalah memenangi kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2014 dan 2015.

Ucapan kemenangannya dalam ABPBH 2014 antara yang paling diingati sehingga kini hingga tercetusnya tanda pagar ‘Gemvk Is Awesome’. Pencapaian lainnya adalah juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016, juara MLM 2017, naib juara MLM 2018 dan tempat ketiga MLM 2019.

Selepas meniti puncak populariti, Allahyarham yang juga abang kepada pelawak, Ali Puteh menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, pada 8 Disember 2017. Mereka disatukan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang dilahirkan di h0spital Selayang, Selangor pada 14 Jun 2019. Selepas kelahiran anak sulungnya, Abam pernah menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Dunia Dan Akhirat

Be the first to comment on "3 kebaikan yang Abam Bocey amalkan dalam hidup sehingga buatkan masjid penuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*