Terkilan bila ramai yang tanya tentang ank. Tak sangka ini respon mengejut dari Siti Elizad buat warganet terkedu.

Nama penuhnya, Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin. Popular sebagai Siti Elizad dan Elizad Sharifuddin. Lahir pada 25 Mei 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia. Merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik yang juga merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Merupakan pelakon, pengacara, penyanyi, model dan penyampai radio yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1994. Memulakan kerjaya seni sebagai pelakon kanak-kanak di usia 10 tahun.

Sewaktu itu wajahnya menghiasi TV Pendidikan, stesen televisyen pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau seangkatan dengan Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay yang popular sekitar 90-an.

Pernah berhenti berlakon buat sementara waktu kerana ingin komited menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Popularitinya kembali meledak selepas kemunculan semula menerusi filem Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi yang turut menampilkan bintang filem terkemuka, Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Hasnul Rahmat.

Pembabitannya di layar kaca, antaranya menerusi drama Adnan Sempit the Series, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Dia Isteri Luar Biasa, Papa Ricky dan Puteri Yang Ditukar. Termasuk telefilem Bersalji Di Kuala Lumpur, Puisi Sedih Al-Kitab, Rask, Kampung Kuala Lambat dan banyak lagi.

Dalam kerjaya nyanyian, beliau pernah melibatkan diri dalam pertandingan Asia Bagus 1998 di Singapura sewaktu berusia 14 tahun. Malah dia turut menjejakkan ke uji bakat program realiti, One In A Million musim ketiga pada 2008.

Bakatnya dalam bidang muzik akhirnya diiktiraf apabila dinobatkan sebagai juara rancangan realiti TV, Gempak Superstar siaran Astro Ria pada 2016. Mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Baru-baru ini, pelakon jelita Elizad Sharifuddin telah diundang sebagai tetamu jemputan sebuah rancangan Curhat yang membincangkan topik Zuriat Syurga telah disiarkan di Astro Prima. Meski belum dikurniakan cahaya mata, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin akui sering menerima persoalan mengenai hal anak.

“Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan waganet  cakap saya tak berdoa dan beriya dalam soal ini, saya sedih. ”Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky’. Apabila orang membandingkan suami saya yang sudah ada dua anak daripada perkahwinan sebelum ini dan saya tak ada zuriat, tentu saya sedih.

“Tapi orang sekeliling selalu tanya bila nak ada anak. Saya mana tahu. Saya bukannya Tuhan. Kalau ditanya, tentu saja saya nak anak. Ya Allah, tolong bagi saya satu,” katanya. Dalam pada itu, bintang berusia 36 tahun ini turut meminta maaf pada suaminya sekiranya gagal memberikan zuriat.

“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf,” jelasnya lagi. Program itu turut menampilan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pelakon, Izzue Islam.

Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.

sumber: MH

Be the first to comment on "Terkilan bila ramai yang tanya tentang ank. Tak sangka ini respon mengejut dari Siti Elizad buat warganet terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*