Tak sangka rupanya dua hari lepas Achey ada bincang sesuatu tapi tidak kesampaian. Akhirnya Achey tampil bongkarkan hasrat Bocey yang ramai tidak tahu.

KEHILANGAN seorang sahabat yang sudah dianggap seperti drh daging sendiri memberi impak yang besar dalam hidup pelawak Achey dan Fad Bocey. Menurut Achey, 34, dia dan Fad bersedia untuk mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam Bocey secara percuma untuk membantu keluarga.

“Saya dan Fad berjanji jika ada kerja atau tawaran arwah yang masih tergantung, dalam penggambaran atau yang sudah diterima, kami sedia mengambil tugas itu secara percuma untuk dia serta keluarganya.

“Itu sahaja yang saya dan Fad dapat bantu isteri dan keluarga Abam,” kata Achey kepada mStar. Achey ditemui di kediaman Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, di Gombak, pada Isnin. Abam pergi menghadap illahi di kediamannya selepas dua hari mengalami demam panas.

Dua hari lalu, kami ada berhubung di WhatsApp berbincang mengenai projek ini tapi itulah… semuanya dah disusun Allah- ACHEY BOCEY Pemergian mengejut Abam pada pagi Isnin turut memberi kesan buat semua selebriti tempatan yang pernah bekerjasama dengan Abam.

Dalam pada itu, Achey memberitahu biarpun Abam sudah tiada, dia dan Fad akan meneruskan perancangan mereka untuk menerbitkan sebuah program khas untuk peminat. “Sebenarnya kami bertiga sudah berjanji nak terbitkan sebuah program sendiri khas untuk peminat setia. Walaupun tiada pemintaan untuk Bocey di TV tapi tak apa, masih ada platform lain untuk orang tengok kami.

“Dua hari lalu kami ada berhubung di WhatsApp, sempat bergurau dan berbincang mengenai projek ini tapi itulah… semuanya dah disusun Allah. “Apa-apa pun, saya dan Fad tetap akan teruskan projek itu bukan sebab kami nak tapi demi Abam kerana ini idea dia juga,” ujarnya.

Abam tinggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.  Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Tak sangka rupanya dua hari lepas Achey ada bincang sesuatu tapi tidak kesampaian. Akhirnya Achey tampil bongkarkan hasrat Bocey yang ramai tidak tahu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*