Tak percaya dengan pemergian Abam. Peminat kecik ni menangis teresak gara gara kehilangan Abam.

Pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan sudah pastinya satu berita amat tidak disangka-sangka. Malah, pemergiannya ini bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga serta rakan rapat, tetapi rakyat Malaysia turut terkedu dengan berita sedih ini.

Difahamkan abam akan dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolatkan sebelum disemadikn hari ini selepas selesai segala proses untuk mengesahkan punca pemergiannya.

Salah seorang peminat cilik Abam Bocey, dilihat menangis teresak-esak apabila mengetahui bahawa Abam telah mengembuskan nafasnya yang terakhir pada hari ini.  Video berdurasi lebih 30 saat ini telah tular di laman Twitter dan turut menyentuh hati ramai pihak tentang pemergian mengejut Abam Bocay ini.

Melihat diruangan komen, ramai yang turut meluahkan rasa duka atas pemergian pelawak terkenal ini. Sememangnya, Abam Bocey ini sangat dekat dihati peminat dan juga rakyat Malaysia.

Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat-sahabat rapat atas pemergian-Nya hari ini. Berita ini sememangnya sangat menyedihkan, semoga Abam ditempatkan dan berada dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah (dengan bacaan)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: RoseMerah

Be the first to comment on "Tak percaya dengan pemergian Abam. Peminat kecik ni menangis teresak gara gara kehilangan Abam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*