Mawar Rashid tampil dedahkan sesuatu tentang keluarga yang ramai tak tahu. Rupanya kebahagiaan tu sekejap je.

Pelakon Mawar Rashid mendedahkan keluarganya pernah hidup mewah dan memiliki empayar perniagaan sewaktu dia masih kecil. Namun kesenangan itu hanya sementara apabila ibunya berpisah dengan bapanya dan mereka hidup berdikari sendiri.

“Mawar tak pernah cerita kisah ni sebenarnya, meskipun pahit tapi nak cerita juga, sebab ianya bagi kesan besar sungguh pada Mawar sehingga hari ini. Dan sebab itu, Mawar sungguh-sungguh nak buat perniagaan sendiri. “Kehidupan ibu Mawar pada awalnya memang senang iaitu ketika bersama dengan papa saya, Dato’ Wan Abdul Rashid.

“Memang senang hinggakan atas kerja kuat ibu saya  keluarga kami di Kelantan tu ada hotel iaitu Hotel Mawar dan juga Kedai Emas Mawar namanya. “Tapi, senang itu tak lama dan bahagia tu tak lama. Ketika usia saya 5 tahun, jodoh papa dengan saya tak panjang. Ketika usia Papa menghadap illahi,  jujur kata Mekwa sendiri pun tak sempat rasa kasih sayang dari Papa..,” tulisnya.

Mawar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik foto sekeluarganya. Menceritakan pengorbanan ibunya, Mawar akui sedih dan pilu. “Ibu pun mula jadi ibu tunggal. Ketika itu ibu lalui pelbagai ujian dan banyak sangat berkorban untuk anak-anak. Tapi, tak pernah skali dalam hidup Mekwa nampak air mata ibu mengalir depan mekwa.

“Bayangkanlah, ibu jaga kitorg dengan titik peluh dia seorang diri. Makan nasi lauk telur sahaja. Kami adik beradi tiada duit skolah. Tapi sedih, kerana ketika kami tengah susah, tiada orang datang nak tolong pun. Tahu nak caci nak h1na nak f1tnah ibu sahaja,” katanya lagi.

Mawar juga tidak menyangka ibunya seorang wanita yang kuat berusaha di negara orang lain meskipun berasal dari Thailand. Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Sumber: gempak

Be the first to comment on "Mawar Rashid tampil dedahkan sesuatu tentang keluarga yang ramai tak tahu. Rupanya kebahagiaan tu sekejap je."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*