Lepas ni tiada lagi tagline Gemok is awesome. Warganet juga turut rasa sedih dan sebak dengan kehilangan Abam.

Ayat keramat ‘Gemuk Is Awesome’ yang pernah menjadi sebutan ramai sudah tentu tidak dapat dilupakan oleh peminat pelawak popular Abam Bocey.

Kewujudan ayat tersebut diucapkan ketika Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan merangkul trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.

Kini pastinya orang ramai terutama peminat akan merindui ‘tagline’ tersebut setelah Abam menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pagi tadi akibat demam panas. Laman Instagram pula dipenuhi posting rakan-rakan selebriti yang turut mengambil kesempatan bagi mengucapkan takziah serta berharap agar r0h dicucuri rahmat.

Abam tinggalkan isteri Nor Hidayah dan seorang cahaya mata Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lima bulan. Abam akan dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolat sebelum disemadikan petang ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "Lepas ni tiada lagi tagline Gemok is awesome. Warganet juga turut rasa sedih dan sebak dengan kehilangan Abam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*