Gagal kawal emosi. Fad minta maaf tak dapat jumpa Abam buat kali terakhir.

PEMERGIAN mengejut  Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pada pagi Isnin memberi kesan buat dua anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey. Fad meluahkan perasaan sedih dan terkilan apabila tidak dapat menziarahi pelawak itu kerana sedang bercuti di Jepun. 

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir… maafkan aku. “Ya Allah kau ampunilah dia, rahmatilah dia, mudahkan urusan dia. Maafkan aku sahabat,” tulisnya.

Fad menerusi sebuah video tidak dapat menahan sebak apabila memaklumkan pemergian di Instagram miliknya pagi Isnin. Abam pergi di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.

“Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau,” ujarnya. Sementara itu, Achey turut kelihatan menangis apabila berkongsi tentang berita kehilangan itu.

“Kenapa awal sangat Bam… mana janji kau!” tulisnya. Abam dimandikan di rumah sebelum dikebumikan di Tanah Persemadian Islam Sungai Pasu, Gombak selepas solat Asar.

Allahyarham tinggalkan seorang isteri Nor Hidayah seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Gagal kawal emosi. Fad minta maaf tak dapat jumpa Abam buat kali terakhir."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*