Dedah prbualan trakhir dengan Abam. Fasha tampil luah rasa sedih lepas tahu tentang berita pemergian Abam.

Hari ini semua berduka cita dengan kehilangan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey. Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan sahabat terdekat, malah rakan-rakan artis yang lain turut bersedih dengan pemergian ini.

Terbaru, Fasha Sandha kongsi perbualan terakhir di Whatsapp bersama Abam. Pelakon itu luah rasa sayu dan sedih apabila mengenangkan kebaikan dilakukan yang sanggup memenuhi permintaannya untuk makan mee rebus.

Allahuakbar..Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee, lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar

Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

Perbualan terakhir bersama Abam

Di dalam perbualan yang dikongsikan, Fasha Sandha bertanyakan pada Abam dimana ingin dapatkan mee rebus yang dijual Abam kerana dia mengidam. Dengan baik hatinya, Abam menawarkan diri untuk masak khas untuk pelakon tersebut.

Perkongsian Fasha sekali lagi undang sebak warganet yang rata-ratanya memuji kebaikan Abam berhati mulia. Sama sama kita doakan semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber : Fasha Sandha

Sumber :  OH BULAN

Be the first to comment on "Dedah prbualan trakhir dengan Abam. Fasha tampil luah rasa sedih lepas tahu tentang berita pemergian Abam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*