Akui tiada siapa boleh ganti rempat Emma Maembong dalam hati. Akhirnya Alvin tampil dedah sesuatu tentang Emma Maembong.

GANDINGAN pelakon Alvin Chong dan Emma Maembong menerusi drama Awak Suka Saya Tak membuatkan peminat suka melihat keserasian mereka. Alvin, 29, mengakui hubungan mereka yang sancta serasi sehingga menganggap tiada siapa yang mampu menggantikan tempat Emma di hatinya.

Malah, dia meluahkan rasa terharu apabila Emma menerima tawarannya untuk berlakon dalam video muzik lagu terbaharunya, Tak Terganti. “Emma seorang kawan yang saya sangat rapat dan menghargai persahabatan kami. Tak ada orang boleh ganti tempat dia dalam hati saya.

“Saya sangat terharu Emma terima tawaran untuk berlakon dalam video muzik saya walauapun dia tak tahu pun konsep video dan lagu itu. “Bagi saya, memang Emma paling sesuai sebab dia ada semua ciri-ciri yang diperlukan seperti ramai pengikut di laman sosial,” katanya kepada mStar.

Video muzik yang mengandingkan pasangan ini akan dilancarkan di saluran YouTube AlvinChongVevo, pada Isnin. Lagu Tak Terganti itu merupakan hasil ciptaan Ariadinata yang juga vokalis kumpulan Samson dari Indonesia.

Single tersebut telah dilancarkan pada 17 Januari lalu dan turut menjadi runut bunyi drama Tolong Sempurnakan Cinta Mami lakonan Alvin.

Dalam pada itu, bercakap mengenai lakonan Alvin memberitahu dia ada menerima dua tawaran untuk membintangi filem Melayu. Bagaimanapun, dia masih mempertimbangkan tawaran tersebut kerana dalam proses perbincangan lebih lanjut dengan pihak produksi terlibat.

“Saya dapat dua tawaran untuk filem Melayu tetapi tak tahu nak terima atau tidak. Sebab nak kena tengok pada jadual juga. “Buat masa sekarang, kena bincang dahulu mengenai skrip dan bila mula penggambaran. Takut nanti tarikh yang ditetapkan saya tiada di sini,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Akui tiada siapa boleh ganti rempat Emma Maembong dalam hati. Akhirnya Alvin tampil dedah sesuatu tentang Emma Maembong."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*