Walaupun dah ada 2 orang ank tapi badan kekal langsing dan cantik. Tak sangka rupanya ini rahsia Hanis Zalikha yang ramai tak tahu.

Nama sebenarnya, Hanis Zalikha binti Zainal Rashid. Popular sebagai Hanis Zalikha. Nama panggilannya, Keknis. Lahir pada 9 Oktober 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia. Anak kepada pasangan Zainal Rashid (bapa) dan Nani Rostam (ibu). Ibunya merupakan seorang model sekitar era 1980-an.

Anak kedua daripada tujuh beradik. Menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan USJ 8 (1998) dan Sekolah Kebangsaan Seafield (1999-2002), Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield (2004-2006) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 (2007).

Pemegang diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor. Bergelar penulis blog, model, pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008. Kemunculannya sebagai pelakon di layar perak menerusi filem Momok The Movie dan Romeo Kota: Kes Fail Kriptik.

Di layar kaca dalam drama Memberku Hawa, Jodoh 2, Suamiku Encik Sotong dan Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa. Juga telefilem Mariam Kampung Putat, Aku Benci Mama, Mama-Mama Mia dan Aku, Dia dan C70, termasuk web drama bertajuk Pertama Kali. Pernah tercalon menerusi anugerah Most Influential Blog Award pada 2011 dan Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 pada 2014.

 

Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

Tahun 2020 masih belum ada kereta terbang seperti dalam cerita Back To The Future. Masih belum ada hoverboard yang boleh meluncur tanpa menggunakan tayar. Mungkin semuanya masih mustahil untuk diadakan. Tapi, apa yang tak mustahil pada tahun 2020 ini adalah untuk kita berubah menjadi lebih baik pada tahun sebelumnya. Kalau azam tahun 2020 ini adalah untuk kurus, mungkin anda boleh cuba tip yang dikongsikan blogger, usahawan, pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha.

Melalui Instagramnya, Hanis berkongsi tip gaya hidup sihatnya. Hanis berkata beliau hanya makan roti jenis gandum penuh sahaja yang kurang gula, tetapi tinggi serat makanan. Roti ini membuatkan seseorang berasa kenyang selepas memakannya.

Biasanya, orang akan mengunyah kerepek atau keropok, tapi lain pula bagi Hanis yang memilih buah-buahan sebagai kudapan. Bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah kecantikan kulit wajah juga terjamin dengan mengamalkan buah-buahan yang mengandungi banyak nutrien.

Hanis masih minum air manis dan memilih minuman yogurt Nestle Lactel Bliss kerana ia mengandungi jus buah-buahan sebenar dan rendah lemak. Rasa manis dari ekstrak buah-buahan sebenar yang sedap dan lemak berkrim membuatkan anda rasa kenyang setiap kali meminumnya. Namun, air putih juga perlu diminum secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Pada akhir video, Hanis menjelaskan untuk mencapai sesuatu kejayaan besar, perlulah bermula dengan perubahan kecil dahulu . Jom kurus!

Be the first to comment on "Walaupun dah ada 2 orang ank tapi badan kekal langsing dan cantik. Tak sangka rupanya ini rahsia Hanis Zalikha yang ramai tak tahu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*