Siti Saleha muat naik foto masa kecil. Tak sangka ini komen warganet buat Siti Saleha terkedu.

Nama penuhnya, Siti Saleha binti Mohd Baharom. Dikenali sebagai Siti Saleha. Lahir di Basildon, England pada 14 Mac 1990. Berwarganegara Malaysia-British. Merupakan anak kepada pasangan Mohd Baharom Abd Rahman (bapa) dan Tracey Johnson atau nama melayunya, Aishah Rahman (ibu).

Abangnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam merupakan vokalis kumpulan Bunkface. Anak ketiga daripada empat beradik. Membesar di Klang, Selangor. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Memulakan karier seni dalam bidang peragaan dan komersial seawal usia 12 tahun.

Antara drama dibintanginya seperti 5 Jingga, Awan Dania musim kedua, Nora Elena, 7 Hari Mencintaiku dan Mandatori. Juga telefilem Puaka Topeng Putih, Bersalji di Kuala Lumpur, Semadikan Aku, Cinta Paling Agung, Memori Pajeri Nenas dan banyak lagi.

Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Kerat 14, KL Zombi, Mamak Cupcake, Terbaik Dari Langit dan Langit Cinta. Pelakon dan model, Siti Saleha baru-baru ini berkongsikan satu foto dirinya pada zaman kanak-kanak. Perkongsian menerusi laman Instagram miliknya sendiri itu membuat ramai yang melihatnya ‘cair’ akan kecomelan Siti Saleha ketika kecil.

Siti Saleha yang sering muncul di kaca TV menerusi beberapa drama lakonannya seperti Mia Adriana, 7 Hari Mencintaiku, Nora Elena dan banyak lagi ini sememangnya diakui memiliki paras rupa sedap dipandang. Selain itu, Siti Saleha juga memiliki kacukan berketurunan Inggeris dan Melayu serta adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam. Menerusi perkongsian dari Siti Saleha itu, kelihatan dalam foto berkenaan ada dua kanak-kanak perempuan yang comel di depan TV. Turut disertakan tulisan kapsyen olehnya:

“Stop picking your nose Saleha”.

Berikut adalah foto yang dikongsikan olehnya: Berdasarkan kapsyen yang ditulis itu, pastinya kanak-kanak yang berbaju merah adalah dirinya. Alahai comel! Kalau tiada kapsyen sebegitu pasti tidak boleh meneka yang mana satu Siti Saleha masa kecil. Perkongsiannya itu telah meraih lebih 5 ribu likes. Rata-rata warganet tinggalkan reaksi mereka mengenai foto Siti Saleha zaman kanak-kanak ini di ruangan komen seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Rose Merah

Be the first to comment on "Siti Saleha muat naik foto masa kecil. Tak sangka ini komen warganet buat Siti Saleha terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*